Tatkala seluruh dunia sedang mencari penawar kepada virus COVID-19, lain pula yang bermain di fikiran ketua pasukan Formula 1 Red Bull, Helmut Marko yang mahu pelumba mereka sengaja dijangkiti wabak itu.

Dua pelumba pasukan Formula 1 Red Bull adalah Max Verstappen dan pelumba berasal dari Thailand Alex Albon.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →
max-verstappen-and-alexander-a

Max Verstappen Dan Alex Albon

Perkara itu diakui sendiri oleh Marko dalam satu wawancara bersama stesen TV Austria, ORF seperti dilaporkan MalayMail.

Idea itu bukanlah sesuatu yang hadir dengan spontan malah dia mengakui sudah mempunyai perancangan rapi untuk merealisasikan idea tersebut.

“Ideanya adalah kami akan menganjurkan satu kem dimana kami mampu untuk melakukan persiapan mental dan fizikal bagi mengisi masa terluang (kuarantin di seluruh dunia) ketika ini.

“Kemudiannya sudah pasti ia akan menjadi ideal untuk virus tersebut datang (dan menjangkiti).

“Mereka (pelumba) semua muda dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan ini, mereka semua akan bersedia menghadapi musim yang bakal bermula bila-bila masa sahaja,”katanya.

Marko bagaimanapun dalam temubual tersebut memberitahu idea untuk menjangkiti pelumba dengan virus itu ‘tidak diterima dengan baik’ oleh ahli pasukan yang lain.

Jika anda merupakan salah seorang penggemar siri perlumbaan F1 dan siri Netflix: Drive To Survive anda pasti tahu keadaan yang sangat kompetitif dalam pasukan tersebut.

Malah pasukan itu pada musim lalu juga mengambil keputusan untuk menggugurkan salah seorang pelumba mereka di tengah-tengah musim hanya kerana prestasi yang kurang memberangsangkan.

Jadi tidak hairanlah jika ketua mereka hadir dengan idea yang tidak masuk akal itu semata-mata untuk mengejar kejayaan dan meningkatkan peluang mereka untuk memenangi kejuaraan dunia.

Tempoh PKP yang sedang berlangsung pasti tidak akan terasa jika anda berjaya menemui filem atau drama yang menarik di Netflix. Baca ulasan kami mengenai The Platform yang dikatakan mempunyai plot twist yang tidak masuk akal sebelum ini. 

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Netflix Party Bolehkan Anda Dan Rakan Tonton Rancangan Yang Sama Secara Berasingan

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?

Anda Mungkin Suka