Perang Bosnia sekitar 25 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1992 memberikan impak yang besar terutama kepada dunia Islam hari ini. Selain daripada terukir sebagai sejarah hitam, kesan lain yang dapat dilihat adalah apabila banyaknya masjid-masjid yang menjadi warisan ketika era pemerintahan Uthmaniyyah juga turut musnah.

Difahamkan, terdapat sebanyak 15 masjid dibangunkan ketika zaman pemerintahan Islam yang terakhir itu. Salah satunya adalah di Banja Luka yang kini menjadi pusat pentadbiran Republik Srpska Serb-Bosnia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, selepas tamatnya perang, usaha memulihkan semula masjid-masjid tersebut dilakukan. Ianya dijalan secara berperingkat-peringkat dengan menerima bantuan dana dari pelbagai individu dan oraganisasi Islam dari seluruh dunia tanda sokongan.

Sepanjang proses pemulihan, sebanyak 14 masjid sudah berjaya dibina semula. Tahun ini, usaha tersebut tertumpu kepada masjid Masjid Arnaudija, iaitu yang terakhir dalam senarai 15 buah masjid tersebut. Kos keseluruhan pembinaan semula masjid ini mencecah RM11.5 juta.

Masjid Arnaudija dibina pada 1595, sebelum musnah akibat perang, Masjid tersebut berada bawah perlindungan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut Pengarah Waqf Directorate of the Islamic Community of Bosnia and Herzegovina, Senaid Zajimovica masjid itu adalah monumen penting untuk Banja Luka, Republika Srpska, Bosnia dan Herzegovina. Ini kerana monumen itulah yang menjadikan Bosnia dan Herzegovina dikenali di dunia.

Osman Effendi Kozlic, sebagai mufti di Banja Luka pula berpendapat bahawa pembinaan masjid terakhir era Uthamniyyah itu tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa meskipun ia adalah projek utama, apa yang penting ia dilakukan dengan baik. Selain daripada memulihkan ciri-ciri asal binaan masjid tersebut, terdapat banyak lagi kemudahan lain yang turut perlu dipulihkan.