Rasanya macam sudah agak lama tak keluar filem animasi yang awesome di pawagam. Sekali sekala nak juga layan animasi ceria yang kita boleh layan bersama anak dan adik kecil kan? Jadi di sini kami hendak beritahu anda tentang sebuah animasi hebat, The Boss Baby yang akan ditayangkan 31 Mac ini.

Filem berdasarkan sebuah buku popular dengan nama yang sama karya Marla Frazee ini disuarakan oleh pelakon-pelakon hebat Hollywood termasuk Alec Baldwin, Miles Bakshi, Steve Buscemi, Jimmy Kimmel, dan Lisa Kudrow. Tobey Maguire pula akan menyumbangkan suara sebagai narrator dalam filem ini. Fuh, hebat-hebat belaka pelakon yang terlibat dalam filem The Boss Baby ini!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Direktor filem ini pula adalah Tom McGrath, direktor yang sama di sebalik kejayaan filem-filem hebat DreamWorks sebelum ini seperti Madagascar dan Megamind. Kalau anda pernah tonton animasi-animasi ini, anda pasti boleh agak betapa fun-nya filem The Boss Baby ini nanti!

Cerita ini berkisahkan Tim Templeton (Tobey Maguire) yang menceritakan dirinya ketika berusia tujuh tahun sebagai seorang yang kuat cemburu, kuat bercakap dan perlu menjaga adiknya, ‘Boss Baby’ (Alec Baldwin). Tim mahu mendapatkan kembali kasih sayang ibu bapanya (Jimmy Kimmel dan Lisa Kudrow) daripada adik barunya tetapi ketika mengintip adiknya pada satu malam, Tim mendapat tahu adiknya itu adalah lebih dari sekadar baby.

Nampak fun dan awesome bukan? Tetapi lebih awesome sebab The Vocket dengan kerjasama 20th Century Fox hendak beri anda tiket percuma untuk ke tayangan Premiere filem ini pada 28 Mac 2017 ini! Butiran bagaimana anda boleh menangi tiket boleh didapati di bawah.

The Boss Baby Premiere With The Vocket
Tempat: Golden Screen Cinema One Utama
Tarikh: 28 Mac 2017
Masa: 9.00 Malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman FB 20th Century Fox dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #BossBabyMy pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Mac 2017 8.00 malam (Khamis). Pemenang akan dihubungi pada 24 Mac 2017 (Jumaat).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui Twitter, Facebook atau pun email.

Selamat mencuba dan jumpa anda 28 Mac 2017!