Sejak semalam heboh diperkatakan tentang penahanan sebuah bot yang membawa lebih 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingnya yang cuba memasuki perairan negara.

Bot yang berjaya dipintas itu kemudiannya berjaya ditahan penguat kuasa APMM dan dibawa ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi manakala kesemua PATI itu pula dibawa ke Kem Bina Negara, Wawasan Langkawi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, apa yang menarik dalam penahanan kali ini adalah taktik yang digunakan kumpulan pelarian ini yang didapati sengaja membocorkan bot dinaiki mereka.

Selain itu, enjin bot tersebut juga dilaporkan ditemui dalam keadaan rosak teruk serta tidak dapat dibaiki.

“Kerosakan dialami bot itu menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan dan KM Kimanis telah memberi bantuan berupa makanan dan air bersih secukupnya kepada PATI berkenaan.

“Atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kemudian membenarkan bot itu ditunda ke Jeti Teluk Ewa, Langkawi, dan kesemua 269 PATI kini ditahan serta diletakkan sementara di Kem Bina Negara, Wawasan Langkawi.

“Satu mayat wanita yang ditemui di dalam bot itu pula diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,”

Menurut beberapa laporan akhbar tempatan, tindakan itu didakwa sengaja dilakukan kumpulan ini bagi mengelak mereka diusir selepas menceroboh perairan negara.

Tindakan itu juga mungkin dilakukan kerana menyedari sebanyak 22 bot, enam tekong dan lebih seratus PATI telah pun diusir dari perairan negara sebelum ini.

Kebanjiran warga asing tanpa izin yang cuba memasuki negara ini bukanlah perkara baru, malah ada pakar akademik sebelum ini mencadangkan agar kerajaan meletakkan had angka kemasukan mereka ini. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Kerajaan Disaran Tetapkan Had Jumlah Pelarian Rohingya Dalam Negara

Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara, Isu Pelarian Rohingnya Kembali Dipertikai Netizen