Di Malaysia ini masih banyak lagi perkara-perkara unik dan menarik yang tidak ramai tahu ianya berlaku di dalam negara sendiri.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar yang didakwa orang ramai penduduk perkampungan orang asli menggunakan sebuah bot kecil untuk menarik kereta Proton Saga meredah air tasik.

Gambar yang tular membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana penduduk tempatan kawasan tersebut boleh mengapungkan kereta tersebut untuk bergerak merentasi tasik yang luas itu.

Menurut beberapa pengguna Facebook lain mendakwa penduduk setempat telah membina rakit diperbuat daripada pokok buluh atau kayu balak yang telah diikat dengan kemas dan meletakkan lapisan papan di atasnya untuk meletakkan kereta Proton Saga tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Arena Motor
Sumber Gambar: Facebook Arena Motor
Sumber Gambar: Facebook Arena Motor
@zuhailzaini

Semalam Viral Gmbr Org Asli Gerik Tarik Kereta Guna Bot, Ni Bukti Videonya.. 💪💪💪 #orangasli #viral #fypage #tiktokgu #fypchallenge #fypシ゚viral

♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Oleh sebab ramai yang agak ragu-ragu dengan gambar tersebut, ada pengguna Facebook lain telah memuat naik video TikTok menunjukkan bagaimana bot kecil itu mampu menarik Proton Saga yang bersaiz lebih besar daripadanya.

Hebat betul penduduk setempat perkampungan orang asli kerana dapat menggunakan bahan-bahan daripada alam sekitar untuk menjadi medium untuk mereka membawa barangan keluar masuk daripada tempat tinggal mereka.

Bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sementara itu anda boleh baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit

Berbahaya Dan Kurang Ciri Keselamatan, Netizen Tegur Pengunaan Basikal ‘EUC’ Di Lebuh Raya

Nando’s Ucap ‘Goodbye’, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia?

Sumber