Sebuah bot milik pelarian Rohingya dilaporkan terbalik di Teluk Bengal di luar pantai daerah Cox’s Bazar, Bangladesh. Kejadian ini telah meragut nyawa tiga orang manakala 17 lagi dilaporkan hilang

“Kami sudah menemui tiga mayat,” kata Pegawal Pantai Bangladesh Lt Komander Ashiq Ahmed,kepada Xinhua. “Kami dimaklumkan bot yang membawa kira-kira 65 orang itu berlepas dari Teknaf kira-kira 5 pagi waktu tempatan pada Selasa,” katanya. Beliau berkata bot berkenaan karam di luar pantai Bangladesh disebabkan laut bergelora.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui laporan Awanj, difahamkan bahawa kapal yang dipenuhi 45 orang yang terdiri daripada pelarian dan warga Bangladesh tersebut cuba memasuki Malaysia secara haram.

Operasi mencari dan menyelamat sedang mengesan 17 lagi penumpang yang hilang, katanya. Hampir satu juta Rohingya dari negeri Rakhine di Myanmar kini tinggal di khemah-khemah di daerah Cox”s Bazar dan mereka sering cuba menyeludup keluar.

Rohingya dan Malaysia seolah tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan mereka hadir selepas pergolakan dan pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di negara mereka.

Sebelum ini Mahkamah dunia pernah mengeluarkan arahan bahawa kerajaan Myanmar bersalah kerana menjalanlan pembersihan etnik. Keputusan yang keluar pada 2020 itu meminta agar dihentikan segala jenis genoside di Myanmar.