Selamat tahun baru diucapkan kepada anda semua, saya ingin berkongsi ‘port’ baru di Pulau Pinang untuk anda nikmati dan merasai pengalaman berada di hutan bersama kawan-kawan dan keluarga ala-ala glamping.

Rata-rata mereka yang bercuti ke Pulau Pinang pastinya ingin food hunting berikutan Pulau Pinang dikatakan syurga makanan.  Akan tetapi berlainan untuk saya yang menetap di Pulau Pinang, saya ingin lari dari kesibukan kota.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Hampir semua makanan di Pulau Pinang telah dicuba sehingga sudah tidak larat untuk makan lagi. Beri peluang untuk orang luar yang bercuti ke Pulang Pinang untuk food hunting.

49560109_10218830859421958_7146550427759149056_n

49431914_10218830859901970_3181268089870221312_n

49211271_10218830858821943_5194082939519893504_n

49204480_10218830859021948_7118100512850837504_n

Untuk tempat yang dekat dengan alam semulajadi seperti disini, kebiasaanya orang ramai akan mencadangkan Janda Baik, tetapi sekarang di Pulau Pinang pun memiliki tempat yang dapat mendekatkan anda dengan alam semulajadi. Pastinya anda akan dapat menenangkan minda sambil menikmati kehijauan warna daun.

Berada disini membuatkan saya seperti tidak berada di Pulau Pinang. Bagi saya, tempat ini tenang berikutan dengan alam semulajadi dan tempatnya yang cantik, makanan sedap, susun atur tempat yang menarik pastinya boleh menarik mereka yang hipster.

49938252_10218830860621988_6953746034421923840_n

49422430_10218830860101975_2485761993856778240_n

Jika anda ada perancangan untuk berkahwin ala-ala alam semulajadi, disini ada glass house yang pastinya sangat unik. Pasti anda akan melangsungkan perkahwinan anda dan berbulan madu disini terus.

Malah, di sini bilik untuk keluarga yang kecil, keluarga yang besar dan bujang pun ada. Baru-baru ini, saya dan team saya dari The Leiora Wedding Photography mengadakan team building di sini.

Jadi, saya kongsikan gambar disekitar Boulder Valley Glamping & Event Place ini. Anda harus datang ke sini untuk merasai sendiri keseronokkan tempat ini.

49192899_10218830861021998_3083122061317505024_n

49255455_10218830858541936_8946842014905794560_n

49671198_10218830861582012_3486909589130051584_n

49210992_10218830859621963_3621690692285235200_n

49236710_10218830858341931_5557205424916135936_n

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Aizzad Zaini. Seorang photographer dari team The Leiora Wedding Photography. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka