Pernahkah anda mengalami masalah dimana anda gagal untuk mendapatkan barangan anda melalui pembelian atas talian berikutan anda gagal untuk berada di kediaman anda sewaktu posmen datang? Apa yang lebih teruk, anda gagal untuk mendapatkan barangan anda di pejabat pos pada tempoh tertentu menyebabkan barangan dihantar semula.

Kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya BOXit. BOXit secara amnya merupakan servis penyimpanan parcel anda. Apa yang membuatkan BOXit menarik adalah peti-peti BOXit ini akan disediakan di cawangan-cawangan 7-Eleven. Memandangkan kedai ini dibuka secara 24 jam, mendapatkan parcel anda kini bukan lagi masalah dengan servis daripada BOXit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

13051643_1764089110487255_1511084305595047026_n

Buat anda tertanya bagaimana BOXit berfungsi, parcel anda akan dihantar kepada BOXit yang berdekatan dengan kediaman anda sewaktu tempahan barangan atas talian dibuat. Anda juga akan menerima SMS daripada BOXit sebagai no pin untuk membuka peti parcel anda sewaktu anda lawati peti BOXit ini. Sangat mudah bukan?

Dijangka peti ini akan dibuka servis buat syarikat-syarikat e-comeerce dimana pengguna hanya akan dapat menggunakan servis ini melalui pemebelian daripada Lazada.

13043229_1762589413970558_2226682925247183661_n

Setakat ini BOXit akan bermula dengan 20 peti sahaja dulu dan akan mula beroperasi sekitar Klang Valley. Dijangka peti BOXit akan meningkat sehingga 100 unit menjelang akhir 2016 ini.  Perkhidmatan terus kepada pelanggan iaitu BOXit2Me juga akan dibuka buat pelanggan pada masa akan datang.