Pasti ada dalam kalangan anda yang tertanya-tanya kenapa #BoycottMalaysia sedang trending di Twitter. Bukan sahaja dibanjiri dengan komen-komen rakyat India tetapi rakyat Malaysia juga sedang membalas tomahan yang dilemparkan oleh rakyat India.

Perkara ini terjadi sejurus kenyataan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Melalui kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir.

https://twitter.com/pak__fauj/status/1177798178680328192

Beliau tidak menyebut nama negara yang terlibat, tetapi rata-rata netizen rakyat India terasa dan telah menyeru rakyat mereka untuk tidak melancong dan memutuskan hubungan perdagangan dengan Malaysia. Malah, dalam ucapan beliau juga meminta agar India dan Pakistan dapat menyelesaikan masalah antara mereka secara damai.

Rata-rata netizen India mengatakan bahawa mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tiada hak untuk campur tangan dengan kedaulatan negara mereka. Bukan sahaja itu, mereka juga melancarkan propaganda untuk mengajak rakyat India untuk tidak melancong ke Malaysia.

Hal ini turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. Rata-rata netizen Malaysia menyuarakan pendapat dan bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad.

https://twitter.com/maadnor/status/1178725484227547136

Anda juga mungkin berminat untuk membaca beberapa kenyataan daripada Tun Mahathir dalam United Nations General Assembly. Klik pautan di bawah.

Baca Beberapa Kenyataan Daripada Tun Mahathir Dalam United Nations General Assembly Ke-74

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Ke India Dan Pakistan