Kumpulan yang popular dengan lagu ‘Everyday I Love You’ pada era 90-an pasti merindui persembahan daripada kumpulan ini. Kini anda sudah boleh mula mengintai tiket ke konsert Boyzone yang akan diadakan di Malaysia 24 Ogos ini.

Konsert jelajah sempena 25 tahun Boyzone dalam industri muzik yang bakal berlangsung di Axiata Arena ini nanti merupakan konsert yang pertama dan terakhir dari Boyzone di Malaysia. Kumpulan yang pernah mengungguli carta lagu pada zaman kegemilangan mereka sekitar 1993-1999 telah mencatatkan jualan album sebanyak 24 juta setakat 2013.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Boyzone yang disertai oleh Ronan Keating, Keith Duffy, Stephen Gately, Mike Graham dan Shane Lynch pernah melakukan comeback sekitar tahun 2007 dan mendapat sambutan yang padu daripada peminat apabila mereka berjaya menjual sekitar 2 juta album pada ketika itu.

Kepada peminat yang ingin mengubati kerinduan pada kumpulan ini, anda boleh melayari laman web Star Planet untuk mendapatkan tiket. Berikut kami sertakan sekali lagu dari Boyzone.