Pengarah filem Kingsman, Matthew Vaughn dilaporkan sedang dalam proses menghasilkan Kingsman ketiga yang bakal menjadi prekuel untuk dua filem sebelum ini iaitu The Secret Service dan Golden Circle.

Pelakon ternama Brad Pitt dan Rachel Wiez adalah antara pelakon yang bakal menbintangi filem ketiga ini. Menariknya, dikhabarkan filem ini akan kembali ke zaman Perang Dunia Pertama dan akan menampilkan beberapa watak sebenar yang difiksyenkan untuk memberi ruang kepada pengenalan pembentukan Kingsman pada era tersebut.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Antara watak sebenar yang akan muncul dalam filem itu termasuklah Grigori Rasputin yang bakal dilakonkan oleh Brad Pitt. Selain itu Ralph Fiennes dan Harris Dickinson turut juga berlakon dalam filem ini.

kingsman-2-3

Walaupun trilogi utama akan berakhir, Matthew Vaughn turut mengumumkan bahawa beliau sedang merancang untuk menghasilkan filem spin-off The Statesman, cawangan ejen perisik di Amerika yang telah diperkenalkan di dalam Kingsman: The Golden Circle. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Kingsman akan turut mendapat siri tv sendiri mereka untuk lapan episod.

Buat masa sekarang, para pelakon masih memberi kata putus dan penggambaran akan bermula sekitar Januari 2019. Harap-harap ianya akan lebih awesome dari filem sebelumnya kerana ia menampilkan Brad Pitt.

Anda Mungkin Suka