Rasanya ramai yang sudah menonton filem Deadpool 2 di pawagam dan pastinya ramai yang berdekah dengan penampilan khas Brad Pitt dalam filem ini. Jika anda tanya bahagian mana Brad Pitt muncul, sila tonton sekali lagi.

Brad Pitt merupakan salah seorang aktor A-List di Hollywood dan untuk mana-mana filem, beliau boleh sahaja letak harga puluhan malahan ratusan ribu dollar sebagai bayaran untuk penampilan khas. Untuk Deadpool? Beliau hanya minta secawan kopi Starbucks yang dihantar sendiri oleh Ryan Reynolds. Steal deal!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut penulis bersama Deadpool 2, Rhett Reese seronoknya menulis untuk filem Deadpool 2 ini adalah ianya tidak terlalu serious dan boleh sahaja untuk menyelit apa-apa watak di sepanjang perjalanan filem. Ini termasuklah meletakkan Brad Pitt sebagai cameo walaupun hanya untuk beberapa saat.

Watak Vanisher adalah watak terakhir yang ditambah dalam kumpulan X-Force dan adegan Brad Pitt juga dirakam pada saat-saat akhir. Brad tidak meminta banyak; cuma sekadar kopi Starbucks yang dihantar Ryan Reynolds di mana Ryan sangat gembira untuk melakukannya.

“Watak Vanisher muncul di saat-saat akhir penggambaran. Beliau bersetuju dan hanya mahu secawan Starbucks yang dihantar sendiri oleh Ryan Reynolds. Sebabnya? Sebab anak Brat Pitt sangat menyukai Deadpool. Rakaman juga hanya berlangsung selama 30 minit,” kata Reese.

Watak Vanisher sememangnya disimpan sehingga saat-saat akhir dan apabila orang nampak itu adalah Brat Pitt, semua gelak besar. Deadpool menang sekali lagi.