Teknologi zaman sekarang yang semakin canggih juga dapat membantu untuk memperkasakan golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk menempuh kehidupan seharian.

Syarikat telefon pintar Samsung telah menghasilkan telefon pintar yang mempunyai fungsi Accessibility yang membolehkan golongan OKU menggunakan peranti dengan normal, akan tetapi ia masih memerlukan sentuhan fizikal pada skrin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk kemudahan bagi golongan OKU yang lumpuh seluruh badan, BrainGate telah dibangunkan untuk membolehkan mereka mengawal tablet dengan cara gelombang otak. BrainGate ini merupakan implan untuk sistem antaramuka otakkomputer (Brain Computer Interface BCI) yang dipasang terus pada kepala.

Melalui ujian yang telah dijalankan, golongan OKU yang lumpuh seluruh badan dapat mengawal sebuah tablet Google Nexus 9 yang telah diubahsuai dengan hanya menggunakan isyarat dari otak dan dihantar terus kepada alat bluetooth serta dapat menggerakkan kursor pada tablet seperti tetikus sehingga boleh mencapai 22 kawalan pergerakan tetikus dan boleh menaip 30 aksara dalam masa seminit.

Sistem BrainGate ini membolehkan insan lumpuh lebih berdikari berbanding sebelum ini.