Kerajaan Brazil sekali lagi dilanda kontroversi apabila presidennya, Jair Bolsonaro telah mengarahkan angka kematian di negara tersebut akibat COVID-19 tidak lagi diumumkan kepada dunia.

Kerajaan Brazil juga turut akan berhenti membuat pengumuman rasmi jangkitan COVID-19 setiap hari dalam salah satu langkah untuk ‘menyorok’ statistik COVID-19 di negara tersebut. Berdasarkan rekod terkini, Brazil kini berada di tempat ke-2 negara paling banyak kes COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kementerian Kesihatan dilaporkan mengeluarkan data tersebut dari laman web yang mendokumenkan perkembangan kes itu berdasarkan negeri dan majlis perbandaran.

Perkembangan itu ternyata membimbangkan penduduk kerana keputusan tersebut tidak beretika serta merumitkan lagi proses untuk memerangi COVID-19 di Brazil. Kematian yang mencecah 1,000 kes setiap hari menjadi faktor mengapa Bolsonaro mahu sorok statistik sebenar COVID-19 di negara beliau.

Kes kematian akibat COVID-19 di Brazil adalah sebanyak 37,412; melepasi Itali (33,899) dan menghampiri United Kingdom (40,542). Sama seperti Donald Trump, Bolsonaro juga memandang rendah terhadap ancaman virus itu malah beliau turut menggantikan pakar perubatan di Kementerian Kesihatan dengan pegawai tentera.

Pada ketika ini, Brazil tidak mempunyai Menteri Kesihatan kerana telah dipecat oleh Bolsonaro yang mempunyai pandangan berbeza cara untuk memerangi kes COVID-19.

Sebab sebenar Menteri Kesihatan Brazil dipecat adalah kerana Bolsonaro tidak setuju perintah lockdown yang dikeluarkan oleh menteri tersebut. Baca lagi pada pautan di bawah.

Presiden Brazil Pecat Menteri Kesihatan Kerana Menjalankan Perintah ‘Lockdown’

Tidak Mahu Ekonomi Terjejas, Presiden Brazil Sertai Demonstrasi Halang Perintah ‘Lockdown’

Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun

Sumber