Kenderaan mewah berprestij sentiasa menitikberatkan kualiti setiap model kereta yang dikeluarkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Jadi tidak terkejutlah apabila melihat segelintir hartawan Malaysia membelanjakan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit untuk memiliki kenderaan tersebut.

Baru-baru ini tular rakaman video dan gambar-gambar menunjukkan sebuah model Rolls-Royce Ghost terhimpit di antara dua buah lori treler. Bagaimanapun, pemilik kereta mewah tersebut dilihat mengambil beg silang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@awieshah

kejadian tadi selepas terowong menora hala selatan.. alhamdulillah semua selamat.. yg tk thu cerita jgn buat palatau..

♬ bunyi asal – 👉AYEN77 Gss👈 – 👉AYEN77 👈

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada tengah hari semalam sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5km dari arah Sungai Perak menuju ke Ipoh Utara.

Menerusi beberapa hantaran komen pada video TikTok yang sedang tular ketika ini, lori treler belakang berada di lorong kanan sekali kerana pemandu mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan ekoran terdapat masalah pada brek angin lori terbabit.

Bagaimanapun, lori treler tersebut ‘terpantul’ semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh belakang sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada dihadapannya.

Sumber Gambar: TikTok @awieshah
Sumber Gambar: TikTok @awieshah
Sumber Gambar: TikTok @awieshah
Sumber Gambar: TikTok @awieshah

Pada masa sama, netizen turut memuji ketahanan model Rolls-Royce Ghost tersebut kerana struktur lasak yang langsung tidak menjejaskan ruangan kabin penumpang telah menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut.

Ciri-ciri keselamatan yang baik antara faktor utama mengapa Rolls-Royce mampu menjual kenderaan mereka dengan harga bernilai mencecah antara lebih RM1 juta hingga RM3 juta dan menjadi kenderaan rasmi pilihan para VIP di seluruh dunia.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Satu keluarga terselamat apabila SUV Lamborghini Urus dinaiki mereka hilang kawalan semasa dalam perjalanan di LPT arah Kuantan Maran. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemandu SUV Hilang Kawalan, Lamborghini Bernilai RM1.8 Juta Rentung Terbakar

Pemandu GT-R Tiada Insurans, ‘Lari’ Tinggalkan Kereta Selepas Kemalangan

Pemuda Ini Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa?

Sumber