Selepas kemalangan yang meragut nyawa Paul Walker di penghujung tahun 2013, penerbit dan krew produksi francais filem Fast & Furious menjadi tidak keruan. Ini kerana Paul memegang watak utama dalam kesemua filem Fast & Furious sebagai Brian O’Conner dan berita mengejutkan ini berlaku ketika filem Furious 7 masih dalam proses penggambaran.

paul walker furious 7

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para peminat dan pengkritik dunia hiburan di Hollywood meramalkan pihak produksi filem ini akan mengubah jalan cerita Furious 7 dengan drastik sekaligus ‘membunuh’ watak Brian O’Conner sejajar dengan tragedi sebenar yang berlaku terhadap Paul Walker.

Pengarah Furious 7, James Wan akhirnya berjaya mempersiapkan filem ini dengan aksi hebat kereta dijatuhkan daripada sebuah pesawat, adegan melompat dari satu bangunan ke bangunan lain di Abu Dhabi dan banyak lagi. Lebih mengejutkan, James Wan tidak membunuh watak Brian O’Conner walaupun pada awalnya ianya kelihatan seperti Brian akan mati pada penghujung cerita.

Bagi mereka yang tidak mempunyai unsur seni dan pemahaman terhadap nilai metafora, tindakan pengarah yang tidak mematikan Brian secara nyata di Furious 7 adalah sangat mengarut tetapi bagi kami ianya adalah satu langkah yang paling tepat. Dalam filem ini Brian O’Connor seolah-olah memutuskan untuk ‘berehat panjang’ demi fokus kepada keluarga yang semakin berkembang.

paul walker furious 7

Kenapa Furious 7 tidak membunuh Brian O’Conner? Ini jawapannya…

Paul Walker a.k.a Brian O’Conner merupakan tulang belakang bagi francais filem ini sejak pertama kali ianya ditayangkan sehinggalah siri yang ke-6 (kecuali Tokyo Drift), jadi barisan pelakon seperti Vin Diesel tidak lagi menganggap Paul seperti rakan sekerja tetapi sebaliknya sebagai saudara kandungnya sendiri.

Dalam satu majlis pelancaran filem, Vin Diesel menyampaikan ucapan penghormatan kepada Paul Walker dalam keadaan sebak. Menurutnya dia kelihangan seorang ‘abang’.

Selain itu, Furious 7 adalah platform bagi kesemua pihak penerbitan, rakan-rakan pelakon serta para peminat untuk meluahkan penghormatan terakhir kalinya kepada Paul di layar perak. Mesej diakhir cerita melalui monolog Dom Toretto (Vin Diesel) sangat menyentuh hati.

Demi menghormati mereka yang masih belum menonton filem ini, kami tidak sertakan video babak akhir yang dimaksudkan tetapi kami kongsikan lagu tribute khas buat Brian O’Conner yang berjudul “See You Again” ini.

Kami merasakan ahli keluarga Paul dan segelintir peminat pasti kecewa sekiranya Furious 7 membuat adegan kematian Brian dalam sebuah kemalangan yang juga merupakan punca kematian aktor berbakat Paul Walker pada 2013. Apa pula pendapat anda?

paul walker furious 7

BACA: Vin Diesel jamin ‘Fast & Furious 8’ lebih gempak dan mengagumkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram