Kemajuan teknologi kereta kini menyebabkan pengguna jalan raya masing-masing berebut untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan kenderaan masing-masing di atas jalan raya. Pemandu ini berani berbuat demikin kerana tahu kualiti kamera perangkap halaju yang sedia ada kini tidak terlalu memuaskan.

Oleh itu pihak berkuasa di Britain kini mengambil langkah bijak dengan menggunakan kamera perangkap halaju yang boleh menangkap kesalahan pemandu dari jarak 1 kilometer. Kamera dengan kebolehan yang agak cool ini ialah Canon 100-400mm f/4.5-5.6L IS.

Menurut review, kamera ini merupakan siri keluaran Canon L Series yang mempunyai ciri image stabilizer yang amat baik. Bukan itu sahaja kamera ini berkemampuan untuk mengambil gambar objek yang bergerak laju disebabkan oleh ciri sharpness yang dinilai berada pada tahap cemerlang. Untuk ciri lengkap, anda boleh layari laman web The Digital Picure.

Sumber