Disebalik perjanjian Singapura bersama Amerika Syarikat melalui rundingan memindah alamat rasmi Broadcom Ltd, ternyata terdapat Warga Malaysia yang berjaya memperoleh manfaat yang besar. Beliau adalah Tan Hock Eng. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam perjanjian melibatkan syarikat bernilai $100 bilion (~RM424 bilion).

Berdasarkan perjanjian yang dibuat, Amerika Syarikat bersetuju untuk membayar puluhan bilion bagi membolehkan Broadcom memindah alamat rasminya dari Singapura kepada Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanakah perjanjian ini bakal menguntungkan Amerika Syarikat?

BN-VK115_38feR_OR_20171003103625

Melalui rundingan yang dibuat, Amerika Syarikat tidak lagi akan diteliti oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat sekaligus meningkatkan pendapatan tahunan Amerika Syarikat kepada $20 bilion (~RM84.83 bilion) setahun.

Berikutan perjanjian pembelian Broadcom kepada Amerika Syarikat, Tan Hock Eng antara yang dijemput untuk hadir ke White House sekaligus menjadi mercu tanda dalam karier beliau. Malah, ibunya juga tidak menyangka anaknya berpeluang untuk maju dalam bisnes sehingga berjaya berada semeja bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta meningkatkan nilai GDP negara, Tan Hock Eng telah memilih untuk membuka gudang pengedaran global yang bertempat di Batu Kawan Industrial Park.

BN-IQ631_avagoj_GR_20150528195539

Berdasarkan nilai pelaburan sebanyak RM4.1 bilion, Broadcom mensasarkan untuk meningkatkan lagi jaringan penawaran semikondoktur dalam jangka masa 10 tahun daripada sekarang.

Perpindahan yang berlangsung ini dijangkakan bakal bernilai sebanyak RM65 billion dan bakal diselesaikan menjelang 2018 menjadikan perjanjian ini sebagai penjualan semikonduktor terbesar Malaysia.

Tahniah kami ucapkan buat anak kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng serta pasukannya dalam mengusahakan bisnes melibatkan semikonduktor sehingga berjaya di peringkat global. Malaysia kini ditangga ketujuh sebagai pengeksport terbesar dunia bagi komponen elektrik dan elektronik.

Sumber