Bront Palarae kini rancak mempromosikan filem terbaru beliau, ‘One Two Jaga’ yang sedang ditayangkan di pawagam menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun pasti ada sahaja individu yang tidak berpuas hati dengan setiap apa yang kita lakukan walaupun perkara berkenaan sesuatu yang positif. Filem One Two Jaga juga tidak terlepas dengan hasad dengki ini.

Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya di status miliknya tapi bertindak memadam status tersebut setelah mendapat kecaman daripada orang ramai.

Sebelum ini, filem tersebut dikhabarkan tidak mendapat sambutan oleh pengarahnya Namron dan ramai yang beranggapan kurangnya promosi di media menyebabkan ramai yang mungkin tidak tahu filem ini sudah pun berada di pawagam.

Disebabkan itu Bront dan Namron memilih untuk membuat promosi melalui media sosial untuk menambah awareness untuk filem One Two Jaga ini. .Bagi mereka yang sudah menonton, One Two Jaga mendapat pujian kerana memaparkan ‘kisah sebenar’ realiti segelinitir anggota polis yang tidak bertanggungjawab.

Setakat hari ini filem One Two Jaga telah mendapat kutipan sebanyak RM60,000 dan terdapat lima pawagam yang telah menghentikan tayangan. Bagi anda yang belum menonton filem ini, anda harus tonton untuk mengetahui sendiri kualiti filem ini dan menyokong industri perfileman negara.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group