Puma membuat keputusan yang tepat untuk memilih kumpulan K-Pop yang berjaya membuat fenomena di seluruh dunia iaitu BTS. Terbaharu, kumpulan ini berkolaborasi dengan jenama terkemuka berkenaan untuk mengeluarkan rekaan kasut mereka sendiri.

PUMA BASKET. MADE BY BTS & YOU.

A post shared by PUMA (@puma) on

Khabar ini pastinya akan membuat #BTSArmy teruja untuk memiliki sepasang kasut tersebut tidak kira berapa pun harga untuk sepasang kasut berkenaan. Lebih mengujakan lagi, kasut ini sudah boleh didapati di stor rasmi Puma atau stor-stor terpilih di seluruh dunia.

Kasut ini direka khas dengan perincian warna emas pada logo kasut tersebut. Peminat tegar kumpulan ini pasti mengetahui maksud tarikh 20130613 yang tersemat pada kasut tersebut yang menandakan kemunculan pertama kumpulan tersebut di khalayak ramai.

Pengenalan kasut ini pastinya akan membuatkan peminat berpusu-pusu untuk memiliki sepasang kasut ini untuk digunakan ketika menghadiri konsert jelajah kumpulan tersebut pada masa akan datang.

bts-puma-basket-black-white-2

bts puma

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group