Sanggup tak anda berbelanja pada harga yang tinggi untuk buah-buahan? Bagi orang Jepun, buah-buahan adalah suatu luxury dan mereka sanggup membayar harga yang mahal untuk buah yang sedap. Segugus buah anggur ini terjual pada harga USD11,000 (lebih kurang RM44,360 ringgit) dalam satu acara lelongan!

Anggur berkenaan adalah yang pertama dari jenis Ruby Romans, jenis anggur yang ditanam di wilayah Ishikawa. Pemilik pasaraya dari barat Jepun, Takamaru Konishi adalah individu yang bakal membawa pulang 30 biji buah anggur tersebut.

“Kami akan pamerkan buah ini dahulu di pasaraya kami dan kemudiannya berkongsi buah ini dengan pelanggan kami. Saya sangat berbangga kerana dapat membeli buah Ruby Roman ini,” kata Konishi.

Konishi bersama buah Ruby Roman yang dibelinya

Konishi bersama buah Ruby Roman yang dibelinya

Membeli buah-buahan pada harga yang premium adalah sesuatu yang biasa di Jepun kerana mereka selalunya akan memberi buah-buahan berkenaan kepada individu yang berstatus lebih tinggi contohnya kepada boss atau client mereka.

Kalau anda ke Jepun, harga buah-buahan memang menggila. Sebelum ini sebiji buah tembikai pernah terjual pada harga USD12,000. Hargailah buah-buahan yang ada di Malaysia ini. Sedap juga kalau dapat minum jus tembikai sekarang ini.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →