Jika sebelum ini beliau terkenal dalam memberikan nasihat berkaitan sukan dan pengurusan, Tengku Mahkota Johor DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan TMJ hari ini berkongsi sesuatu yang berbeza dengan pengikutnya di media sosial.

Dalam satu hantaran yang dibuat di Twitter dan Facebook itu, TMJ berkongsikan satu kisah teladan yang dilalui dirinya ketika perlawanan bola sepak baru-baru ini di Stadium Sultan Ibrahim untuk renungan para ibu bapa di luar sana dalam menjadi contoh kepada anak-anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ketika perlawanan JDT baru-baru ini, seorang individu telah merakam sekeping gambar pada minit ke-42, di mana pada ketika itu kanak-kanak lain termasuk anak perempuan saya sedang bermain.

“Tetapi anak lelaki saya iaitu Tunku Iskandar, 3 tahun dilihat sedang berdoa. Beliau menonton bola sepak dan berdoa sendiri.

Jelas TMJ, setiap tindakan dan gerakan yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan anak-anak adalah sangat mustahak kerana mereka akan sentiasa mencontohi apa yang dilakukan ibu-bapa.

Walaupun amalan berdoa ketika menonton bola sepak atau sebelum melakukan sesuatu sememangnya sudah menjadi kebiasaaan buat dirinya namun kejadian anak lelakinya mencontohi apa yang dilakukannya jelasnya amat menyentuh hati dan membuatkan beliau terharu.

“Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan kepada para ibu-bapa.

“Mustahak kita mendidik anak-anak kita mengikut apa yang kita lakukan untuk dijadikan contoh agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita,” kongsi beliau di media sosial pada hari ini.

Sentiasa aktif di media sosial, TMJ sebelum ini juga pernah berkongsikan tips menurunkan berat badan seperti pernah kami kongsikan di pautan di bawah.

TMJ Kongsi Cara Sebenar Turunkan Berat Badan Sehingga 22 KG

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion