Program Latihan Khidmat Negara merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi rakyat Malaysia yang terpilih setelah tamat sekolah menengah. Kem ini dibina bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan membina nilai-nilai murni generasi muda di Malaysia.

Terbaharu, Kementerian Pertahanan bercadang untuk menghidupkan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi MINDEF di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyoal mengapa program itu dihentikan dan memberi cadangan supaya ia dilaksanakan semula.

Perkara itu juga disahkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri di dalam ciapannya di laman Twitter, “Menteri Pertahanan @MINDEFMalaysia @IsmailSabri60 umum di #DewanRakyat (terhadap cadangan saya utk #Bajet2021).

“Bahawa #PLKN Program Latihan Khidmat Negara akan dihidupkan semula setelah dihentikan oleh kerajaan dahulu. Terima kasih banyak. PLKN amat baik untuk bina generasi muda,” katanya.

Reaksi rakyat Malaysia

Walaupun ia dilihat sebagai langkah yang baik untuk menghidupkan kembali program yang mampu memupuk rasa kasih dan sayang terhadap negara serta membina nilai-nilai murni di dalam diri generasi muda, bagi sesetengah pihak, mereka tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia memberi reaksi yang sama terhadap ciapan Datuk Seri Ahmad Maslan. Ada sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa PLKN ini adalah sesuatu yang merugikan dan tidak mendatangkan keuntungan.

Iskandar Danial dalam ciapannya menulis, “Saya sebagai bekas [pelatih] PLKN 2.0 tidak setuju kalau program ini ada semula. Kita boleh lihat PLKN ni hanya untuk buat kaya kroni, dan bukan untuk develop mereka yang jadi pesertanya. Dulu masa bagi module nak belajar Bahasa Inggeris, SAYA yang ajar kelas [itu] sebab cikgu tak mampu.”

Manakala NOLACHELAP pula menyatakan bahawa jika kerajaan berniat untuk membangunkan generasi muda, pendidikan adalah jalannya dan bukan PLKN,  “Nak bina generasi [muda] mulakan dari pendidikan awal. Bukan dengan kem mengarut tu. PLKN hanya [untuk] menguntungkan kontraktor,” katanya.

Bagi Farhan Nasa, dia merasakan bahawa idea di sebalik wujudnya PLKN ini mungkin bagus, tetapi pelaksanaannya teruk, “Sebagai bekas pelatih, saya dapat rasakan bahawa program PLKN adalah membuang masa dan wang pembayar cukai, wang yang boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting,” katanya.

Sebahagian rakyat Malaysia pula mencadangkan agar PLKN dijenamakan semula dan mengambil contoh seperti Singapura dan Korea Selatan.

Bagi Jarr Nadjmuddean, “Jadikan ini National Service (NS) yang wajib complete dan tukar modul buat macam NS Singapura. Bukan nak cakap NS Singapura itu bagus, tapi memang bagus pun. Semua rakyat dia yang complete NS bersedia anytime jika government panggil untuk berkhidmat ikut sektor yang mereka trained.”

Tambahnya lagi, pelaksanaan PLKN sebelum ini tidak mencapai sasaran, tetapi lebih kepada percutian musim panas, “Bukan nak menjatuhkan or condemn, tapi korang buat ni macam summer camp dah aku tengok. Apa sumbangan yang budak budak ni dapat bagi pada negara kalau dikerah? Cukup tough ke tidak. I definitely will send my son kalau buat macam NS.”

Kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pada Julai lalu, jika PLKN mahu dihidupkan semula, kerajaan memerlukan program baharu yang mengetengahkan aspek kepelbagaian bangsa bagi mengatasi isu perpaduan di negara ini.

Tambahnya lagi, modul dan pengisian program itu juga perlu menjurus kepada kenegaraan, jati diri dan kerja kesukarelawanan. Sambil menambah bahawa konsepnya masih sama dengan mengadaptasikan disiplin ketenteraan, seperti dilaksanakan PLKN.

“Saya juga masih berpendapat kalau nak terapkan disiplin, kaedah terbaik masih disiplin ketenteraan. Singapura juga mengambil 100 peratus disiplin tentera dalam pelaksanaan program khidmat negaranya,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, dia memberi cadangan agar jumlah mereka yang menyertai program baharu ini dikecilkan pada peringkat awal. Manakala tempoh program juga boleh dikurangkan bagi menjimatkan perbelanjaan.

Untuk rekod, PLKN diperkenalkan pada 16 Februari 2004 oleh kerajaan Barisan Nasional bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia. Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN).

Terdahulu, mesyuarat kabinet sahkan BTN dan PLKN dimansuhkan serta merta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mesyuarat Kabinet Sahkan BTN Dan PLKN Dimansuh Serta-Merta

Anda Mungkin Suka