Bagi menjaga kebersihan Semporna, jika anda didapati membuang sampah merata-rata, anda akan didenda RM500 atau melakukan khidmat masyarakat dengan mengutip sampah selama satu jam. Ini merupakan satu inisiatif yang dijalankan oleh majlis tempatan bermula 1 Januari lalu untuk memastikan Semporna terpelihara.

Malah, bagi anda yang memilih untuk melakukan khidmat masyarakat, anda harus memakai vest yang disediakan dimana terdapat perkataan monyet dilekatkan pada vest tersebut. Rata-rata mereka yang telah ditangkap membuang sampah merata-rata memilih untuk melakukan khidmat masyarakat berbanding membayar denda kerana tidak mampu untuk membayar denda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin bagi anda kesalahan membuang sampah merata-rata itu kecil, tetapi jika masyarakat mengamalkan sikap ini, lama kelamaan persekitaran akan menjadi kotor lalu menyebabkan banyak penyakit.

Justeru itu, terdapat aktiviti gotong-royong yang diadakan untuk membersihkan Kampung Air, Kampung Simunul dan Kampung Bangau Bangau dimana akan mendidik penduduk tentang kepentingan menjaga bandar mereka bersih.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber