Isu pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof telah menjadi perhatian orang ramai sejak beberapa bulan yang lalu serta Puteri Sarah seakan sudah memberikan ‘hint’ bahawa suaminya telah berkahwin dengan Ira Kazar.

Semalam, muncul dakwaan bahawa Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin. Susulan itu, Syamsul tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin lain dan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lantaran kenyatan Syamsul, Puteri Sarah seakan mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambil suaminya itu menerusi perkongsiannya di Instastory.

“Tiba, so betul lah gosip tu? Ok mengaku je lah. Inilah masa untuk awak mengaku semuanya.” kata Puteri Sarah.

Malah, dia juga meminta Syamsul menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan fitnah dan kemusykilan orang ramai terutamanya ahli keluarga.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun. Namun rumah tangga mereka diuji apabila Syamsul dikatakan berlaku curang dengan seorang wanita iaitu Ira Kazar.