Jalan pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu yang dibuka tahun lalu mula tular kerana keindahan pemandangan sepanjang laluan ini. Laluan ini sebenarnya lengang tetapi akan mula sibuk terutamanya pada hujung minggu terutamanya di waktu petang.

Perjumpaan sesama pemilik kenderaan tidak salah asalkan dibuat di tempat yang selamat. Dalam satu video yang dimuat naik Shahirr di TikTok, beliau sempat merakam gelagat geng konvoi Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan dan melepak dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

@

♬ –

Dapat dilihat deretan kereta berhenti di bahu jalan yang sedikit sebanyak menyukarkan pengguna jalan yang lain. Ada satu ketika, kereta lain pula yang perlu mengelak pemilik kereta yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

Menjengah ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi pandangan tidak sesuai untuk dibuat gathering di kawasan tersebut kerana laluannya yang sempit walaupun pemandangannya cantik.

antara komen daripada netizen: Kredit: TT Shahirr

antara komen daripada netizen: Kredit: TT Shahirr

Pun begitu, ada juga komen daripada individu yang berkemungkinan salah seorang pemilik Honda Civic FC di situ yang mengatakan perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka berhenti di tepi jalan dengan tertib dan bukannya berhenti di tengah jalan sehingga mengganggu trafik.

Pemilik akaun FC Malaysia di TikTok turut meninggalkan komen dan berterima kasih kepada perakam video kerana bantu menularkan aktiviti mereka sehingga naik ke for your page (FYP) TikTok.

Teguran dibuat supaya kejadian buruk dapat dielakkan dan untuk kita jadikan ingatan. Semoga kejadian seperti di spot viral lihat kapal terbang berdekatan KLIA sebelum ini tidak berulang di lokasi ini.

Kejadian yang hampir sama berlaku di lebih raya Bukit Kukus, Pulau Pinang tetapi di sini, sesiapa yang berhati di tepi jalan akan dihalau oleh pihak berkuasa tempatan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bahayakan Pengguna Lain, PBT Halau Orang Ramai Berhenti Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus

‘Kami Datang Untuk Family Day’ – Beberapa Individu Nafi Berkonvoi Ke Melaka Untuk Lumba Haram

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup