Dalam satu siri kenyatan media yang mengejutkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak mempunyai sebarang rekod vaksinasi COVID-19. Difahamkan daripada 122 jemaah yang mengerjakan ibadah umrah, sebanyak 14 peratus yang tidak menerima sebarang vaksinasi.

Pendedahan ini telah mengejutkan orang ramai. Netizen kebanyakannya meluah rasa pelik, bagaimana mereka yang mahu mengerjakan ibadah di Tanah Suci sanggup menipu rekod vaksinasi dan menyusahkan orang bila dijangkiti varian Omicron? Sebahagian pula sudah lali dan tak terkejut, sambil menyatakan bahawa Malaysia dipenuhi dengan orang korup dan rasuah adalah budaya kita.

https://twitter.com/h1jabae/status/1479074690362601472?s=21

https://twitter.com/ateynteyn/status/1479012389559304193?s=21

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya akan menyiasat bagaimana mereka boleh lepas mengerjakan ibadah umrah kerana syarat wajib untuk ke Tanah Suci adalah mengambil vaksin COVID-19. Selain itu, KKM akan memanggil pihak berkepentingan termasuk agensi pelancongan mengenai isu yang sedang tular ini.

Terdahulu rakyat Malaysia diminta untuk sentiasa berwaspada dengan gelombang baharu COVID-19 yang bakal melanda negara pada bila-bila masa. Wabak yang kini bermutasi dan dipanggil Omicron itu sudah mula menyerang ke beberapa negara dan sudah menjengah Malaysia. Antara langkah untuk menghentikan penyebaran wabak itu adalah dengan liputan dos penggalak yang meluas, pakai pelitup muka, laksanakan TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan dan Cari), aktifkan aplikasi pengesanan kenalan MySejahtera dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

Omicron ialah varian baharu virus COVID-19 yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada 24 November. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron ini sebagai Varian of Concern (VoC) atau Varian membimbangkan. Nama Omicron dalam kamus bahasa Yunani bermaksud “O kecil”.

Malaysia mencatatkan kes pertama Omicron melalui pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu, sebelum WHO umum penemuan varian Omicron. Sejak itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dikesan varian Omicron di Malaysia, setakat hari ini, ialah 245 kes dan 157 daripadanya atau 64.08 peratus membabitkan jemaah umrah.

Khairy Jamaluddin sebelum ini memberi bayangan bahawa kes Omicron di Malaysia bakal menjadi satu gelombang baharu COVID-19. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin

Didakwa Masih Belum Dapatkan Vaksin Walaupun Satu Dos, YB KJ Tampil Jelaskan Perkara Sebenar