Orang Kurang Upaya umpama dibuli oleh mereka yang cukup sifat luaran dan dalamannya.

Realiti yang digambarkan ini boleh dilihat apabila sesetengah masyarakat menggunakan kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Laluan pejalan kaki, tandas, petak tempat letak kereta dan juga beberapa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan perjalanan OKU sering sahaja disalah guna oleh orang yang cukup sifat.

Situasi ini jelas tidak menggambarkan sikap prihatin mereka kepada golongan OKU yang lebih memerlukan, lapor Berita Harian.

Justeru, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan satu undang-undang bagi menghukum golongan yang menggunakan kemudahan OKU sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zulkifli Ismail kepada Berita Harian bahawa undang-undang ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya untuk menghormati kemudahan yang disediakan untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Pindaan ini akan melibatkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang bukan sahaja akan merangkumi hukuman tetapi satu undang-undang bagi pemilik bangunan mematuhi keperluan untuk OKU.

Tambah beliau lagi, penguatkuasaan ini dilakukan bagi membela hak OKU dan memberi kemudahan yang secukupnya untuk mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

OKU juga menjalani hidup seperti kita, seperti kisah brother Foodpanda di bawah ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penghantar Foodpanda OKU Ini Buat Netizen Sebak

Keprihatinan Lelaki Ini Bantu Selamatkan Remaja OKU Daripada Terus Didera Ibu Kandung

 

Anda Mungkin Suka