Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kekalahan skuad bolasepak negara di tangan Vietnam semalam jelas mengecewakan para penyokong Harimau Malaya.

Lebih perit lagi apabila kekalahan itu hadir disebabkan kesalahan pengadil yang memberi penalti kepada Vietnam walaupun tiada sentuhan daripada pemain negara.

Pengadil Jepun, yang bernama Ryuji Sato terus diserang peminat Harimau Malaya di laman Instagram miliknya.

Sejak semalam, Instagram peribadi miliknya terus dihujani oleh komen negatif penyokong negara yang jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilannya.

Di dalam salah satu gambar yang dimuat naik olehnya, kelihatan lebih 36,000 komen telah dimuat naik oleh para penyokong negara.

Semuanya menyuarakan ketidapuasan hati mereka terhadap perlawanan semalam yang menyaksikan pasukan negara tewas 1-2 kepada Vietnam.

“Buat keputusan pakai kepala lutut,” kata seorang netizen.

“Woii hang (kamu) reff, xkan (takkan) xtaw (tak tahu) dia berlakon, awat (kenapa) hang teruk sangat weiii,” kata netizen lain.

Dalam perlawanan tersebut, Nguyen Tien Linh membuka tirai jaringan pada minit ke-27 untuk Vietnam diikuti oleh Malaysia melalui Guilherme de Paula pada minit ke-72.

10 minit berbaki perlawanan, skuad negara terpaksa akur dengan keputusan pengadil untuk menghadiahkan penalti kepada Vietnam yang menyaksikan skuad negara tumpas 1-2.

Jaringan penalti Que Ngoc Hai padam peluang Malaysia raih mata. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jaringan Penalti Que Ngoc Hai Padam Peluang Malaysia Raih Mata

Anda Mungkin Suka