Pihak polis dilaporkan akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG selepas satu laporan dibuat ke atas mereka berhubung satu hantaran mempersendakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang dibuat baru-baru ini.

Akaun yang terkenal dalam menghasilkan troll dan lawak itu sebelum ini mencetus kekecohan dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar atau meme yang memaparkan Dr Noor Hisham tidak berseluar dan hanya berbaju sahaja ketika memberikan sidang media.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
mgag
Meme yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Walaupun individu bertanggungjawab menghasilkan meme tersebut telah memohon maaf dan memadamkan gambar tersebut namun ia sempat ditularkan netizen.

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook Mgag dan pihak polis juga telah membuka kertas siasatan mengenai perkara itu.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid laporan itu dibuat di Senawang, Seremban.

“Siasatan sedang dijalankan dan mereka yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya kepada Bernama.

Sumber