April 18, 2017 9:59 AM

Suka tengok movie ramai-ramai di rumah, tapi tv pula kecil. Kadang-kadang kalau tengok depan laptop boleh sampai berebut nak duduk depan skrin. Kalau tengok jauh tak best pula. Ok, jangan risau. Kali ni kita buat panggung wayang mini terus di rumah.

Tak mustahil untuk anda memiliki panggung wayang sendiri di rumah. Tak perlu kos tinggi pun, percaya atau tidak dengan bajet bawah RM200 pun sudah cukup.

Idea ini sangat sesuai untuk anda yang suka tengok movie ramai-ramai, baik bersama kawan ataupun keluarga. Secara tak langsung bolehlah eratkan silaturahim. Kepada yang sudah berkeluarga tu, buat tontonan hujung minggu pun seronok juga.

Ok, sebelum itu apa yang anda perlukan adalah ruang kosong dan layar putih kalau tak ada, dinding warna putih pun boleh juga. Seterusnya apa yang anda perlukan adalah home cinema theater atau mini protable projector.

Yang saya suka dengan alat ini, ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis peranti seperti komputer, smart phone, permainan video, pemain dvd termasuk sokongan HDMI, VGA, AV, memori kad dan USB.

Selain daripada digunakan sebagai alat untuk panggung wayang mini anda, ia juga sesuai untuk kerja-kerja ringan seperti pembentangan projek atau slide show.

Di bawah ini ada 3 pilihan projector mini yang boleh anda miliki dengan bajet bawah RM200.

1. Mini Protable Projector HDMI Home Cinema (Black)
Harga: RM144.00 ( Beli di sini )

2. Mini Protable Projector HDMI Home Cinema (White)
Harga: RM145.00 ( Beli di sini )

3. OHHS Mini Projector (Recommended)
Harga: RM199.00 ( Beli di sini )

Kalau anda mempunyai ruang atau bilik khas untuk panggung wayang mini di rumah ini pun elok juga, lebih enjoy! Apa pun selamat mencuba.

TERDAPAT 1 KOMEN
  • Amri MS

    Komen di lazada tidak bagus., Mcm mane tu?