Satu hantaran video baru-baru ini tular yang memperlihatkan dua anak kecil sedang seronok bermain mesin pesanan layan diri di salah satu cawangan McDonald’s.

https://www.tiktok.com/@rmdhn_._/video/7181868462854229275?_t=8YZetNN4ofS&_r=1

Baca Juga:

Mereka dilihat gembira menekan mesin itu sesuka hati sehingga jumlah makanan yang dipesan mencecah harga RM17,000. Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat seperti ‘bertarung’ untuk membuat melihat siapa yang lebih tinggi mengumpul ‘points’.

Ketika rata-rata merasakan ia sesuatu perkara menyeronokkan, ramai juga tidak setuju dengan aksi kanak-kanak itu. Mereka berkata skrin untuk memesan makanan bukan tempat permainan dan ibu bapa sepatutnya tahu tentang perkara itu.

Bukan sahaja tindakan itu menyusahkan orang lain yang mahu membuat pesanan, malah ada kemungkinan mesin kiosk pesanan itu boleh rosak kerana ditekan tanpa henti. Siapa yang perlu keluarkan kos baiki bila mesin kiosk itu rosak? Pastinya pihak pengurusan McDonald’s dan bukan ibu bapa.

Semuanya nampak seronok sehinggalah jadi sesuatu yang tidak diingini. Jadi, moga ibu bapa di mana pun mereka berada, pantaulah anak-anak supaya tidak buat sesuatu yang akan menyusahkan urusan orang lain.