Sebut sahaja hutang, pasti ramai orang sudah berasa takut. Mana tidaknya, bukan mudah mahu langsaikan apabila berhutang. Terbaharu, Fedtri Yahya telah berkongsi gambar di mana mengandungi kisah khianat netizen di Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM94,000 atas permintaan bekas suaminya pada 10 tahun lalu.

Walaupun telah membayar pinjaman secara ansuran selama 10 tahun tetapi baki bayaran pinjaman berbaki RM86,000 dan untuk pengetahuan anda, pinjaman ini dibuat ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Menurutnya, beliau telah menerima penghinaan dan juga diceraikan sebanyak 2 kali sepanjang pernikahan mereka. Lalu, beliau tekad untuk bercerai dengan talak 3 dan menanggung hutang sebanyak RM200,000.

Tambahnya, ramai mangsa yang mengalami perkara sama dengannya dipergunakan atas nama perkahwinan. Malah, ada juga yang muflis disebabkan membayar hutang bekas suami.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita terbabit. Malah, ada juga netizen berkongsi pernah terjumpa dengan mereka yang mengalami nasib sama.

https://twitter.com/aliahalmond/status/1451245293882646529?s=21

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap kisah wanita tersebut dapat dijadikan sebagai peringatan dan berhati-hati walaupun dengan suami sendiri.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum

Ini Respons Balas Raja Farah Selepas Namanya Disebut Dalam Sebuah Rancangan

8 Cara ‘Tepek’ Balik Kawan Yang Liat Nak Bayar Hutang