Tidak semua pemandu kenderaan berhemah di jalan raya dan kebanyakan mereka lebih bersikap mementingkan diri sendiri serta tidak memikirkan soal keselamatan orang lain.

Terbaharu, tularnya sebuah perkongsian video dash cam daripada seorang pemandu menerusi muat naik di Twitter mengenai seorang pemandu wanita bergelar ‘Professor Doktor Madya’ yang disabitkan kesalahan kerana melakukan pusingan-U di kawasan yang tidak sepatutnya. Kejadian tersebut berlaku pada 9.36 pagi semalam.

Difahamkan, pemandu wanita itu melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain. Tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu, pemandu wanita tersebut meluru keluar dan kemudiannya beliau menyalahkan pula pemandu lain yang dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.

Khabarnya, wanita tersebut merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Serdang. Tanpa segan dan malu, wanita tersebut berang dan memarahi seorang pemandu lelaki sambil mendoakan agar pemandu tersebut dijangkiti virus COVID-19.

Tambah kecewa, pensyarah tersebut melontarkan kata-kata kesat kepada pemandu tersebut. Ini mencerminkan sikap yang tidak baik dan mampu mencemarkan nama baik universiti di mana tempat pemandu wanita ini mengajar.

Rata-rata netizen berpendapat kedua-dua pemandu tersebut bersalah dalam hal ini. Mana tidaknya, pemandu wanita tersebut melakukan pusingan-U yang boleh membawa kemalangan manakala pemandu lelaki berkenaan memandu kereta dengan laju sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan hospital.

Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan berharap anda semua mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini.

Sementara itu, baca lagi perkongsian daripada kami mengenai kisah seorang pemandu bas wanita yang masih bersikap tenang walaupun dimaki penumpang menerusi pautan di bawah.

Pemandu Bas Wanita Ini Kekal Tenang Walau Dimaki Penumpang Kerana Tekan Brek Mengejut

Sikap Gila ‘Sticker’ Pemandu Bas Menjadi Punca Berlakunya Kemalangan?

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

 

Sumber