Pada petang semalam tular satu rakaman video dashcam sebuah kenderaan melanggar van berwarna putih yang secara tiba-tiba membuat pusingan-U. Dalam situasi panik, pemandu wanita itu segera memberhentikan kenderaan untuk melihat keadaan anak kecilnya yang sedang menangis berteriakkan.

Terbaharu, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata kemalangan berlaku apabila seorang lelaki warga Myanmar berusia 33 tahun dari arah Desaru-Senai berbuat demikian dan menyebabkan sebuah kereta Honda HR-V yang dipandu seorang wanita berusia 29 tidak sempat mengelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu van itu selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut dan membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan kerana hendak bergerak ke kilometer 60 untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan kanan kenderaan. Manakala van terbabit mengalami kerosakan pada bahagian kiri.

“Wanita terbabit mengalami bengkak di mulut dan lebam di tangan. Manakala anaknya yang juga penumpang berusia dua tahun mengalami calar di bahagian muka termasuk lebam di mata. Pemandu van tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan dibuat semalam.

Tambahnya lagi, pemandu van terbabit juga didapati tiada lesen memandu yang sah. Keterangan lelaki warga asing itu sudah diambil dan saman dikeluarkan di bawah peraturan 13 kaedah-kaedah lalulintas Jalan 1959, lapor Harian Metro.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang wanita luah rasa tidak puas hati apabila Proton berdolak-dalik dalam membantu isu tayar kereta baharu dibelinya dua bulan lalu pecah secara tiba-tiba.

Tayar Kereta Baharu Tiba-Tiba Pecah, Wanita Ini Dakwa Proton Berdolak-Dalik Untuk Selesaikannya

Selamba ‘Parking’ Dalam Rumah Jiran, Tindakan Pemilik Myvi Ini Undang Kecaman Netizen

Kena Marah Dengan Polis, JSPT Minta Penunggang Motosikal Tidak Ikut Belakang Pasukan Kecemasan

Sumber