Sebuah Honda Jazz kemalangan melanggar tiang lampu tepi jalan selepas sebuah Mercedes-Benz E 250 membuat u-turn ‘haram’ di laluan yang mempunyai garisan berkembar.

Kejadian itu telah dirakam menerusi dashcam yang dipasang pada Honda Jazz yang dikongsikan menerusi Facebook Ahmad Aliff Nasrullah. Dalam hantaran itu juga mempunyai gambar-gambar keadaan kereta terbabit selepas kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik perkongsian Paultan.org, insiden berkenaan berlaku malam 2 Februari (Khamis) di Jalan Long Yunus Kota Bharu, Kelantan. Laporan polis telah dibuat sejurus insiden tersebut dan menurut pihak polis, pemandu E 250 terbabit mempunyai rekod kes langgar lari.

Dalam satu kemas kini Facebook Ahmad Aliff Nasrullah, selepas video rakaman dashcam kemalangan itu tular di laman media sosial, pemandu E 250 berkenaan tampil menyerah diri.

Menurut pemandu Mercedes itu dia mengakui tidak sedar kemalangan terbabit berlaku, oleh sebab itulah dia meneruskan pemanduan seperti biasa.

Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan dengan baik dan diharapkan pengguna jalan raya lain dapat mengambil iktibar daripada insiden kemalangan yang berlaku ini.

Gara-gara kecuaian dan kealpaan diri sendiri, boleh menyebabkan kesusahan dan kemudaratan buat pengguna jalan raya lain.

Dalam masa sama, pemilik kenderaan disarankan untuk memasang dashcam kerana ia dapat membantu ketika masa-masa diperlukan. Anda boleh lihat 5 dashcam yang menerima penarafan lima bintang daripada MIROS di sini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.