Seekor buaya dengan saiz yang amat besar berjalan masuk ke sebuah padang golf di Arizona, US. Beberapa kepingan gambar situasi ini berjaya diambil dan ianya kemudian menjadi bualan ramai di media sosial.

Kebanyakan daripada pengguna internet terkejut dengan perkara ini dan ianya memberikan publisiti meluas buat Kelab Golf Myakka Pines ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

buaya golf

buaya golf

buaya golf

Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada ribuan pengguna internet yang prihatin, pemilik kelab golf ini tidak panik dan mengambil pendekatan positif mengenai perkara ini.

Malah mereka juga turut berkongsi beberapa keping gambar buaya yang diperkatakan di laman facebook rasmi mereka.

buaya golf

Seperti yang kami katakan, pemilik kelab golf ini tidak memandangnya daripada sudut negatif dan beliau memberikan ulasan yang sangat menarik mengenai kejadian ini:

“Myakka Pines berada di setiap saluran berita pada malam ini, kami dihubungi oleh CNN, ESPN, GolfChannel, NY Times, Washington Post, WNK News, Turner Broadcasting… dan banyak lagi. Kehebatan internet! Kami tidak perlu bayar langsung untuk publisiti sehebat ini. Saya sangat teruja!”

Buaya berkenaan dianggarkan berukuran sepanjang 12 atau 13 kaki panjang, tetapi menurut pihak kelab terdapat seekor lagi buaya yang lebih besar bernama ‘Big George‘ pernah melakukan perkara yang sama – dan ianya bersaiz 15 kaki panjang.

Untuk pengetahuan anda, kehadiran buaya di Kelab Golf Myakka Pines adalah perkara biasa. Kami juga percaya terdapat banyak lagi kelab-kelab golf lain yang turut menjadi tempat untuk buaya berjemur.

BACA: Top 7 Nasi Lemak Pilihan Ramai di Kuala Lumpur

Jangan lupa like kami di Facebook The Vocket