Semalam mungkin ada yang tidur awal. Manakala sebahagian yang lain mungkin sedang sibuk berhibur menghabiskan hujung minggu yang singkat dan padat. Sabtu dan Ahad adalah hari yang berlalu dengan tenang dan kadang-kadang cepat kerana penuh dengan aktiviti.

Namun tiada siapa sangka yang Ahad kali ini, iaitu 24 Oktober 2021, ia datang dengan perlahan dan bungkam. Pagi ini bermula dengan sangat sunyi dan tidak seperti kebiasaan. Rakyat Malaysia dikejutkan dengan dua berita sedih; pertama adalah pemergian Mamat Khalid dan keduanya adalah bubarnya Bittersweet.

Kedua-dua mereka ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap membangunnya bangsa Malaysia. Kedua-duanya boleh dianggap antara orang yang mencorakkan industri kreatif di negara ini. Mamat Khalid dianggap antara pelapor yang mengubah landskap filem komedi dan Bittersweet pula adalah antara kugiran awal yang mencorakkan muzik berhaluan kiri.

Mamat Khalid dan Bittersweet bukan sahaja meninggalkan kesan secara menyeluruh. Tetapi ia juga memberi kesan yang berbentuk peribadi. Sebahagian besar rakyat Malaysia membesar dengan karya-karya mereka. Mereka juga menjadi faktor pemula kepada tumbuhnya bakat-bakat baru di Malaysia yang bertanggungjawab menyambung apa telah dimulakan.

Takziah buat keluarga Mamat Khalid yang telah pergi meninggalkan kita. Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjong Malim, sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia di sana. Dan selamat jalan buat Bittersweet yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan meneruskan lagi BTSWT di atas beberapa faktor peribadi.

Terima kasih untuk karya-karya yang menjadikan kita dewasa dan tumbuh menjadi manusia. Semoga apa yang dijuangkan serta ditinggalkan oleh Mamat Khalid dan Bittersweet akan membuka jalan buat anak muda mencari apa yang hilang dan menambah baik apa yang kurang.

‘Lebuhraya Ke Neraka’ karya Mamat Khalid yang ‘deep’ dan pasti akan buat anda sentap. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Lebuhraya Ke Neraka’ Karya Mamat Khalid Yang ‘Deep’ Dan Pasti Akan Buat Anda Sentap

13 Sebab Kenapa Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid Wajar Ditonton

Hantu Kak Limah Pecah Rekod Kutip RM1.8 Juta Hari Pertama Tayangan