Bubble Tea Street di SS15 Subang Jaya merupakan antara lokasi paling ‘sesak’ di Subang Jaya. Mana tidaknya, hampir semua jenama bubble tea terkemuka dunia membuka cawangannya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan peminat boba di Lembah Klang.

Jalan yang sentiasa sesak dengan kereta itu kini bertukar lengang akibat COVID-19. Boleh dikatakan bisnes ‘Jalan Boba’ ini maju kerana dibeli oleh pelajar kolej swasta di sekitar Subang Jaya namun selepas kolej dan universiti ditutup sementara, hilang sudah majoriti pelanggan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh laman Subang Jaya 梳邦再也 di Facebook, rata-rata jenama bubble tea yang kurang dikenali telah menutup perniagaan dan meletakkan papan tanda ‘for rent’.

Walaupun bubble tea antara perniagaan yang ‘buat duit’ sebelum berlakunya COVID-19, mereka juga ternyata terkesan dan terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak dua bulan yang lalu.

Namun, jenama air terkemuka seperti Tealive dan Chatime dilihat masih mendapat permintaan terutamanya ketika waktu berbuka puasa. Jenama besar seperti Tealive dan Chatime walaupun terkesan, mereka masih boleh survive kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Berita baiknya mungkin Jalan Boba ini mungkin tidak akan sesak teruk seperti sebelum ini. Atau mungkin, di masa akan datang Jalan Boba ini akan kembali bertenaga dan meriah seperti satu ketika dahulu? Kita tunggu dan lihat.

Kedai bubble tea adalah antara lokasi yang diserbu warga Singapura apabila kerajaan Singapura mengumumkan tiada sebarang kedai minuman boba boleh dibuka sepanjang circuit breaker untuk menangani kes COVID-19. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rakyat Singapura Serbu Semua Kedai ‘Bubble Tea’ Sebelum Diarah Tutup Operasi Hari Ini

Majoriti Jenama ‘Bubble Tea’ Di Malaysia Tidak Halal?

Tealive Tampil Jual Set DIY Minuman ‘Bubble Tea’ Berharga RM150