Bunyinya mungkin agak mengejutkan tetapi itulah yang berlaku dengan syarikat minuman boba tea Bubblebee apabila mereka dilaporkan telah menutup empat cawangan mereka buat sementara waktu.

Penutupan secara sementara itu difahamkan dibuat susulan penamatan kerjasama antara pihak syarikat dengan kesemua rakan usahasama yang disiasat pihak berkuasa berhubung kegiatan yang menjejaskan reputasi syarikat berkenaan, seperti dilaporkan Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara cawangan yang terkesan dengan penamatan usahasama dan penutupan sementara itu adalah cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang. Bubblebee sebelum ini mempunyai 17 cawangan dengan enam daripadanya dibuka secara usahasama.

49F2E622-A8A7-4004-94C0-18B2E83A942C
Rangkaian kedai minuman BubbleBee yang sering diserbu peminat sebelum ini. Foto: Kopiplanet.com

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman, penamatan kerjasama atau penutupan seperti dipetik Malaysiakini  itu dibuat ‘ekoran berita tular membabitkan rakan usahasama mereka yang menjejaskan reputasi Bubblebee’.

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas siasatan terbabit mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan dengan teruk sekali.

“Justeru, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan kongsi yang menguruskan empat cawangan berikut iaitu Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.

“Penamatan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam semalam.

Penutupan keempat-empat cawangan itu menurut mereka hanya bersifat sementara dimana ibu pejabat Bubblebee akan melakukan proses pengambilalihan selepas ini.

Baca juga reviu kami mengenai mee segera yang digabungkan dengan bubble tea oleh Mamee dan Tealive ini melalui pautan di bawah. 

Pelik Dan Rasa Keliru, Ini Ulasan Jujur Kami Bila Cuba ‘Spicy Mi Boba’

McDonald’s Malaysia Perkenalkan 3 Siri Minuman Boba Baharu Pasti Buat Anda Terliur

Ini Penerangan Pakar Mengapa Boba Tidak Mungkin Akan Mengeras Dalam Perut