Selain pemandangan yang cantik dan bukit bukau yang indah, Indonesia juga adalah antara negara yang mempunyai makanan yang enak. Di Malaysia, banyak kedai-kedai yang menjual makanan Indonesia dan kebanyakannya terkenal kerana keenakan rasa.

Terbaharu, sebuah halaman Facebook Taste Atlas yang berpangkalan di luar negara telah memilih Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang Shanghai dan Tortang Talong – masing-masing dari Filipina – sebagai antara makanan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Dengan mengutip mata sebanyak 4.7 dan berada dikedudukan ketiga terbaik makanan di Asia Tenggara, Bubur Ayam milik Indonesia telah mengalah Nasi Lemak. Makanan dari Malaysia itu hanya berada di kedudukan ‘OK’ dengan markah 3.9 bersama-sama dengan Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.

Bagaimanapun, kekalahan Nasi Lemak yang hanya diundi di kedudukan ‘OK’ telah membuatkan sebahagian rakyat Malaysia merasa tidak senang. Mereka mendakwa bahawa pihak Taste Atlas mungkin tidak pernah merasa Nasi Lemak yang sebenar.

Salah seorang pengguna Facebook yang berasal dari luar negara turut keliru bagaimana proses undian itu dibuat sedangkan dia merasakan bahawa Nasi Lemak sepatutnya berada di antara kedudukan terbaik makanan di Asia Tenggara.

Selain itu, sebahagian orang turut mempersoalkan bagaimana Pad Thai dari Thailand yang terkenal di kebanyakan negara di sekitar ASEAN hanya berada di kedudukan kedua terbaik.

Bagaimanapun, penilaian ini mungkin tidak dilakukan dengan tepat, namun kita sebenarnya tidak memerlukan penghargaan untuk makanan yang telah menjadikan sebahagian daripada jati diri kita.

Nasi Lemak tersenarai antara 100 makanan tradisional terbaik dunia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Makanan Tradisional Terbaik Dunia

Mi Segera Kari Putih Pulau Pinang Dipilih Sebagai ‘Mi Sup Segera Terbaik’ Di Amerika Syarikat

Kari Laksa Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 5 Makanan Terbaik Dunia Oleh Lonely Planet