Kepada anda yang berjalan-jalan di sekitar Batu Pahat, pasti anda perasan tidak sukar untuk mencari tempat makan kerana terdapat pelbagai jenis gerai makan dan restoran yang ada di sini. Dari nasi baryani ke mee racun, ada sahaja port makan yang bersesuaian dengan selera mereka yang berkunjung ke mari.

Kali ini kami nak bawa anda ke restoran Nikmat Tandoori yang terletak di Jalan Sultanah. Ya, ia merupakan restoran mamak tapi kami bukan datang untuk mencuba mee goreng mamak mahupun roti telur dan roti sardin, tapi kami ingin mencuba bubur ayamnya yang special.

4

BACA: 12 Lokasi Makanan Sedap Di Batu Pahat, Johor. Boleh Buat Anda Terliur

Tak banyak beza dengan restoran mamak yang lain, konsep yang dibawa oleh restoran ini sangat simple namun mampu menarik ramai pengunjung datang ke sini. Mungkin disebabkan pilihan menunya yang menyelerakan berjaya memikat hati pelanggan.

5

2

9

Selesai sahaja kami duduk, datang seorang pelayan meletakkan kami sebakul hidangan ala otak-otak. Namun, jangkaan kami silap. Ianya bukan otak-otak. Pelayan tersebut menyatakan hidangan ini bernama Paypes.

Sebiji RM0.80. Sedap penuh lemak
Sebiji RM0.80. Sedap penuh lemak

Paypes atau pepes, kami tidak pasti mana satu perkataan asal untuk makanan ini namun terdapat empat inti yang bersesuaian dengannya iaitu ikan, ayam, udang dan sotong. Saiznya tidak sepanjang otak-otak namun isinya lebih tebal.

saiznya kecil namun kualitinya terbaik
saiznya kecil namun kualitinya terbaik

Paypes berinti ayam dihidangkan kepada kami. Isinya memang padat. Rasanya seakan-akan rendang, penuh lemak dan enak namun agak pedas. Memang sedap dimakan panas-panas. Gerenti susah nak berhenti.

Isi padat dan berlemak
Isi padat penuh rempah dan berlemak
Penyediaan paypes sama seperti otak-otak
Penyediaan paypes sama seperti otak-otak

BACA: Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat

Tiba untuk hidangan yang kami ingin rasa iaitu Bubur Ayam. Semangkuk bubur ayam ini hadir bersama separuh biji telur masin, ikan bilis, kacang tanah, jeruk lobak dan jeruk lada. Memang nampak vintage betul.

Set bubur enak ini berharga RM4.50
Set bubur enak ini berharga RM4.50

Kami masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk bubur ayam kecuali telur masin yang kami masukkan sedikit demi sedikit. terasa halianya yang agak kuat menghilangkan hanyir ayam malahan membangkitkan selera lebih-lebih lagi dimakan panas-panas. Apabila digaulkan kesemua bahan sampingannya, rasanya memang sangat enak dan membangkitkan selera. Nampak simple tapi jangan pandang rendah kepada keenakannya yang buatkan ramai orang datang ke restoran ini.

Campur semua bahan memang ngam rasanya
Campur semua bahan memang ngam rasanya

14

BACA: 6 Lokasi Makan Best Dan Mesti Cuba Di Muar, Johor

Pelayan mencadangkan kepada kami untuk mencuba menu roti yang popular di restoran mereka iaitu Mozarella Cheese Naan. Kami biasa makan cheese naan, tapi ini pertama kali kami dapat merasa naan yang menggunakan inti keju mozarella.

Mozarella cheese naan berharga RM6.00 ini memang terbaik
Mozarella cheese naan berharga RM6.00 ini memang terbaik

Dari segi saiz hidangan, tidak sebesar cheese naan yang kami biasa jumpa, boleh dikatakan porsinya agak kecil. Roti naan ini dihidangkan bersama kima lembu atau daging cincang yang dimasak kari.

10

Sekali tarik hirisan roti naan ini, dapat rasakan kejunya mencair bagaikan ada tali yang menarik. Dicicah pula dengan kima daging. Peh! Memang kami terkesima menikmati cheese naan ala-ala pizza versi mamak ni.

Tengok dia punya cheese kena tarik, memang meleleh
Tengok dia punya cheese kena tarik, memang meleleh

Terdapat banyak lagi menu yang terdapat di restoran ini yang anda boleh cuba. Cuma jika anda kemari, kami memang syorkan untuk anda pesan bubur ayam dan mozarella cheese naan tadi ya.

Nama restoran : Nikmat Tandoori
Lokasi : No 254, Perkumpulan Wanita (WI), Jalan Sultanah, 83000 Batu Pahat (waze)

BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia