Nama Kelli Murray biasa muncul di blog-blog niche keluarga dan grafik di Amerika Syarikat. Dia merupakan seorang freelance illustrator dan graphic designer yang memiliki minat mendalam tentang fashion dan kraf. Dia juga bijak menyalurkan minatnya itu ke dalam bidang bisnes di mana dia menjual hasil seni grafik dam kreatif di Etsy, Pinterest dan Society6.

kellimurray

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia menggunakan blog sebagai satu ruang untuk dia menterjemahkan cebisan hatinya, termasuk hasil kerja seni, pakaian, DIY dan rekabentuk. Ruang itu dikembangkan lagi dengan penggunaan media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Menurutnya lagi, blogging membantu dia bekerja freelance yang sekaligus membuka lebih banyak peluang dan klien.

KELLI-MURRAY

Namun, yang menjadi perhatian kini adalah keletah comel anak-anaknya yang sering dimuatnaik oleh Kelli Murray di akaun Instagram. Menetap di San Diego, California bersama suami dan anak-anak, dia merakam detik-detik indah bersama keluarganya di Instagram. Ia menampilkan satu ilustrasi diari buat keluarganya yang memiliki citarasa tinggi terhadap benda-benda yang cantik dan menarik.

Fullscreen capture 30052015 24010.bmp

Anak sulungnya, Rylee berumur 3 tahun 6 bulan pandai bergaya dan kelihatan cantik dengan pakaian yang dikenakan oleh ibunya itu walaupun item seperti topi dan cermin mata hitam itu oversize berbanding saiz Rylee. Adik Rylee, Cru yang masih bayi juga memiliki keletah yang comel dan smart. Oleh kerana itu, ramai orang mula mengikuti akaun Instagram Kelli Murray.

Fullscreen capture 30052015 24931.bmp

Fullscreen capture 30052015 25038.bmp

Fullscreen capture 30052015 25503.bmp

Fullscreen capture 30052015 25544.bmp

Terkini, Kellie Murray telah menghasilkan pakaian kanak-kanak jenama sendiri apabila ramai pengikutnya kagum dan suka dengan kecomelan dan pakaian yang dipakai oleh anak-anaknya. Sempena nama anak-anaknya, jenama Rylee and Cru digunakan bagi produksi pakaian kanak-kanak. Kelli Murray menyatakan anak-anaknya merupakan sumber inspirasi dan pendorong bagi menjayakan jenama ini.

Fullscreen capture 30052015 25118.bmp

Fullscreen capture 30052015 25221.bmp

Fullscreen capture 30052015 25625.bmp

Fullscreen capture 30052015 25825.bmp

Fullscreen capture 30052015 25918.bmp

Fullscreen capture 30052015 30209.bmp

Fullscreen capture 30052015 30254.bmp

Pengajaran:

1. Salurkan minat ke bidang bisnes.
2. Blogging membantu mereka yang bekerja freelance.
3. Belajar ambil gambar dengan cantik.
4. Gayakan suami dan anak-anak.
5. Apabila meningkat naik, hasilkan jenama produk sendiri.

Sumber: 10-is, Huffington Post, Cleobella

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram