Pada 20 Mac yang lalu, Peyton “Peanut” Henderson menghadiri perlawanan bola keranjang Kentucky High School Boys. Tapi beliau bukan sekadar ke sana untuk menonton perlawanan bila keranjang. Semasa masa rehat, beliau menari dengan gaya tersendiri ditemani lagu Pharrell Williams “Happy” yang dimainkan dalam stadium.

Ibu saudara Henderson, Angie Holleran, memuat naik video itu ke Youtube dan menulis “beliau menari dengan personaliti biasanya.”

“Beliau tidak boleh duduk diam apabila muzik dimainkan,” Holleran menulis dalam satu post.

Sekiranya anda belum tonton lagi video Henderson tersebut, anda boleh tonton selepas ini di bawah. Enjoy!

Follow Vocket di Instagram