Mathew Flores, 12 tahun, berbeza daripada kita semua. Selalunya, kita akan membuang junk mail atau surat sampah, tetapi beliau sukakannya.

Sehingga baru-baru ini, iklan adalah satu-satunya jenis bahan bacaan yang ada untuk budak lelaki ini. Beliau sangat suka membaca sehinggakan beliau bertanya kepada seorang posmen di bandar Salt Lake, sekiranya beliau mempunyai surat sampah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertanyaan yang pelik ini membuatkan posmen itu, Ron Lynch, bertanya kenapa. Lynch berkongsi jawapan Flores yang menyentuh hati ini di Facebook:

“Pada hari ini ketika saya sedang menghantar surat di kompleks pangsapurinya, saya ternampak dia membaca iklan, dan kemudian dia bertanya kepada saya jika saya mempunyai surat lebih untuk dibaca,” Lynch menulis. “Dia berkata dia harap dia mempunyai buku untuk dibaca. Saya beritahu, perpustakaan ada banyak buku, tetapi dia menjawab yang dia (ibu bapanya) tidak mempunyai kereta, dan tidak mampu untuk membayar tambang bas.”

Lynch kemudian menulis status Facebook meminta rakan-rakan sekiranya mereka ada buku lebih untuk diberi kepada Flores:

“Kebanyakan kanak-kanak mahukan barangan elektronik! Semangat beliau sangat mengkagumkan, anda patut lihat riak wajahnya apabila saya kata yang saya boleh tolong!”

“Dia berharap kepada saya,” Lynch menulis lagi, “Jadi saya harapkan kamu!”, Lynch merujuk kepada rakan-rakan Facebooknya.

BACA: Lelaki Ini Berjaya Membaca Lebih 70 Buah Buku Dalam Masa Setahun Dan Ini 7 Tip Daripada Beliau

Lynch menyangka yang beliau akan mendapatkan 50 hingga 60 buku untuk Flores, tetapi permintaannya menjadi semakin viral.

Seluruh dunia, termasuklah U.K., Australia dan India menghantar buku kepada Flores. Menurut Lynch dalam temu bualnya bersama-sama dengan The Huffington Post, beratus-ratus buku telah diterima oleh Flores, beratus-ratus lagi masih dalam perjalanan, dan beliau kagum melihat sifat murah hati orang ramai.

 

“Saya kagum dan berasa rendah hati dengan apa yang terjadi,” kata Lynch. “Apa yang saya lakukan sangat sedikit.”

Beliau menulis status kepada semua menderma:

“Anda semua yang mengambil berat dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu tentangnya adalah hero sebenar cerita ini. Semoga anda diberkati, dan terima kasih banyak-banyak!”

Semasa buku-buku mula sampai di rumah Flores, anak kecil ini tidak percaya.

“Mereka berkata, buku-buku ini untuk awak,” kata Flores. “Saya sangka mereka silap, tetapi ianya benar-benar untuk saya.”

Flores tidak sabar untuk berkongsi buku baru beliau dengan rakan-rakan, dan berjanji untuk membaca kesemuanya.

Untuk anda yang berminat, bolehlah menghantar buku ke alamat di bawah:

Mathew Flores
c/o Sandy Post Office
8850 S 700 E
Sandy, UT 84070

BACA Juga: 6 Cara Mudah Menggalakkan Anak Membaca Dan Menulis. Semestinya Ia Juga Menyeronokkan!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram