Wanita muslim di Malaysia mungkin tidak akan mengalami masalah untuk memakai tudung di negara ini kerana majoriti rakyatnya beragama Islam dan agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Namun, lain pula ceritanya di sesetengah negara luar yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam. Ianya menjadi satu penghalang untuk wanita Muslim untuk menutup aurat di sana.

Disebabkan gelaja Islamofobia yang makin meningkat, umat Islam di luar sana sering dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam. Ada yang menganggap orang Islam ini adalah pengganas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang berlaku di Perancis, seorang wanita muslim yang menemani anak lelakinya mengikuti rombongan lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah, ke dewan parlimen negara itu.

Sumber: Borak Daily

Kejadian menyedihkan berlaku apabila salah seorang ahli politik Perancis, Julien Odoul, yang jelas sekali tidak selesa melihat hijab yang dipakai oleh wanita tersebut. Ahli politik tersebut dilihat memberikan kata-kata provokasi terhadap wanita tersebut dan meminta wanita tersebut untuk membuka hijab yang dipakainya itu.

Menerusi video tersebut, Julien bersama seorang lagi ahli politik sedang bertikam lidah mengenai wanita tersebut, anak lelaki wanita muslimah itu mula menangis disebabkan ibunya diperlakukan sedemikian rupa.

Wanita Muslim tersebut masih mampu tersenyum dan tetap dengan pendiriannya untuk bertudung. Malah, dia juga dilihat sedang menenangkan anaknya dan mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir di situ.

Kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang baru di negara sekular sebegitu. Itulah realiti yang harus ditempuhi oleh orang Islam di luar sana. Islamophobia merupakan wabak yang semakin tersebar di seluruh dunia.

Anda mungkin terlepas artikel lain berkaitan dengan masalah Islamofobia ini . Klik link di bawah untuk bacaan lanjut

Hasil Experimen Islamophobia Ini Telah Menerima Lebih 23,000 Share Di Facebook

Masyarakat Islam Di United Kingdom Berdepan Ancaman ‘Punish A Muslim Day’ Hari Ini

 

Sumber