Robert Downey Jr. dan Albert Manero, seorang pelajar #CollectiveProject yang mengasaskan Limbitless, membuat kejutan kepada seorang kanak kanak istimewa dengan menghadiahkan sebuah 3D printed arm secara percuma kepadanya.

https://www.youtube.com/watch?v=oEx5lmbCKtY

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iron man

Limbitless Solutions ialah sebuah projek yang dijalankan di Universiti Central Florida oleh Albert Manero, seorang pelajar PHD dalam kejuruteraan mekanikal dan pemegang biasiswa Fulbright. Beliau dan sukarelawan Limbitless menggunakan teknologi baru seperti 3D printing untuk membuat tangan palsu elektronik yang murah untuk kanak kanak supaya mereka boleh memberi secara percuma. Ini kerana kebanyakkan kanak kanak tidak mampu membeli tangan palsu yang mereka perlukan dengan harga yang mencecah ribuan ringgit malah menjadi tidak muat selepas beberapa tahun.

rwtwrth

Menariknya tangan palsu yang mereka berikan kepada Alex (budak lelaki) itu hanya memerlukan 350 USD untuk mendapatkan bahannya. Dengan harga seperti itu, tim Limbitless hanya perlu mengeluarkan duit poket mereka seorang sedikit untuk menyiapkan satu tangan.