Apa akan jadi jika anda tertinggal handphone di dalam keretapi di Jepun? Peluang untuk dijumpai semula adalah lebih 90%. Iya betul, hanya pergi sahaja ke kaunter ‘Lost & Found’, InshaAllah barang anda ada di sana.

Pada tahun 2017 sahaja, kaunter Lost & Found telah menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut termasuk dompet, iPhone, cermin mata gelap dan sebagainya untuk wilayah Tokyo sahaja. Kebiasaanya, pada hari hujan secara purata 3,000 kaki payung yang tertinggal dijumpai dalam satu-satu hari di wilayah Tokyo. Ini menjadikan pusat peyimpanan barang tidak dituntut terpaksa mengkhaskan 660m kaki persegi untuk simpanan payung sahaja!

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Oleh kerana bilangan barangan yang tak dituntut semakin meningkat, pusat penyimpanan Lost & Found terpaksa diubah-suai menjadi bangunan 6 tingkat, hanya untuk menyimpan barang yang tidak dituntut. Dan bilangan barangan di sini semakin bertambah dari hari ke hari.

Jadi bagaimana pihak terlibat menguruskan barang yang tidak dituntut yang semakin banyak ini?

1. Hubungi ahli keluarga/tuan punya

Lost found 1

Jika mereka mempunyai maklumat keluarga seperti di dalam dompet atau telefon yang tertinggal, pihak polis akan menghubungi keluarga atau tuan punya badan. Tetapi terdapat juga kes walaupun telah dihubungi, masih tidak dituntut. Ini menjadikan bilangan barang yang tidak dituntut semakin meningkat.

2. Jualan ‘TETSUDOU WASUREMONO’

Lost found 2

Jika setelah beberapa jangka masa yang lama dan barang masih lagi tidak dituntut, pihak Lost & Found akan membuat jualan yang dipanggil ‘Tetsudou Wasuremono’ atau ‘Barangan yang Terlupa di dalam Keretapi’ di stesen-stesen keretapi kebiasaanya. Barang-barang ini dilelong serendah ¥60 (RM2.40).

3. Jualan pukal

Lost found 3

Jualan secara pukal juga lazim dilakukan bagi mengosongkan ruang simpanan dengan cepat. Biasanya, ianya dijual secara kotak besar. Tidak boleh dipilih barang di dalamnya, it’s a bargain. Mungkin barang bernilai tinggi dan sebaliknya.

Ada juga barang-barang ini dieksport ke negara luar dan dijual sebagai barang second hand. Complicated juga ya jika mahu uruskan barang yang tak dituntut ini kan?

Tetapi apa yang Kak Nita boleh lihat sikap orang Jepun yang amat jujur, waima sebatang pensel pun akan dipulangkan ke tempat Lost & Found dan pengurusan yang cekap juga penting untuk menguruskan beratus ribu barang yang tak dituntut.

Jadi, apa kata anda? Saya suka barang second hand. I don’t know how you can forget your guitar in the train!

Ini pula kisah menarik tentang negara Jepun yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini.

5 Sebab Mengapa Terdapat Banyak ‘Vending Machine’ Di Jepun

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka

Mengapa Orang Jepun Tetap Beli Komik Walaupun Ada Versi ‘Cetak Rompak’ Atas Talian

Artikel di atas disumbangkan oleh Zunita Ramli. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang kini menetap di Jepun. Beliau juga sangat sukakan kehidupan serta budaya di sana. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka