Nota Editor: Artikel ini asalnya telah disiarkan di blog wahijalang. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga artikel ini dapat menghuraikan satu lagi perspektif positif tentang travel dan backpacking kepada anda.

Ramai orang beranggapan bahawa melancong merupakan satu bentuk kemewahan yang hanya boleh dinikmati oleh golongan berada dan orang kaya sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malangnya ianya hanyalah sebuah mitos semata-mata disebabkan oleh persepsi masyarakat yang hanya melihat kepada kos tambang kapal terbang, hotel mewah dan juga tempat percutian terkenal serba mahal sahaja.

Mengembara secara backpacking merupakan salah satu alternatif yang mula menjadi trend anak muda. Kebanyakan backpackers memilih untuk tidur di hostel yang menawarkan katil yang murah – bukan hotel yang mahal dengan kombinasi sarapan pagi.

Mereka sanggup membayar dengan harga yang lebih rendah agar dapat mengembara dengan lebih lama dan lebih jauh. Hostel-hostel backpackers merupakan tempat persinggahan dimana para backpackers akan berehat dan berkongsi pengalaman masing-masing.

backpacking-1

Backpackers yang dikenali di Bromo, Jawa Timur

backpacking-2

Communal room – tempat berehat dan berkongsi pengalaman di hostel

Kebanyakkan mereka juga selalu menggunakan pengangkutan awam untuk ke sesuatu tempat tujuan walaupun jarak masa yang ditempuhi lebih lama.

Di kawasan Asia Tenggara, kebanyakkan backpackers mengambil jalan darat untuk merentas sempadan negara kerana ianya jauh lebih menjimatkan berbanding menggunakan jalur udara.

backpacking-3

Menggunakan keretapi untuk merentasi sempadan negara.

backpacking-4

Sleeper bus – sangat selesa untuk perjalanan jauh. Boleh didapati di Vietnam

ChengSheng, seorang backpackers dari China yang baru berusia 20 tahun yang aku kenali di GoSapa Hostel, Sa Pa, Vietnam, sedang dalam pengembaraan semasa cuti ‘summer break’ mengajakku untuk menjelajahi Sa Pa dengan berkongsi sewa motorsikal sebagai langkah menghemat wang.

Semasa di Danau Toba, aku bersama kawan, Yasser serta Pak Yusof dan anaknya, Akid yang telah kami temui di Medan untuk sama-sama ke Danau Toba dengan secara tidak sengaja terserempak dengan backpackers perempuan, Kak Faridah, Ina dan Solah semasa mencari restoran halal di Pulau Samosir seterusnya membawa kami bersama-sama untuk meneruskan pengembaraan ke Berastagi dan balik semula ke Medan.

Tag team bersama untuk meneruskan perjalanan lebih menyeronokkan kerana lebih ramai disamping dapat berkongsi duit sewa van dan supir.

backpacking-5

Tag team bersama untuk meneruskan pengembaraan

Tabiat backpacking menjadikan seseorang individu itu tidak materialistik dan suka berkongsi. Seseorang backpackers biasanya akan ‘travel light’ – cukup baginya baju dan seluar beberapa pasang tanpa barangan keperluan yang lain.

Dengan muatan backpack yang kecil, akan menyebabkan mereka tidak akan shopping sakan semasa mengembara. Oleh kerana suasana dalam bilik dimana para backpackers terpaksa berkongsi dorm, jarang benar seorang backpackers itu akan membawa bersama barangan yang berharga- jika ada sekalipun mungkin hanyalah sebuah laptop, tablet ataupun kamera DSLR.

backpacking-6
Travel light

 

Backpackers akan mengembara dengan seadanya tanpa memikirkan sangat keselesaan materialistik seperti kenderaan mewah, tempat menginap berbintang-bintang mahupun lain-lain perkara sepanjang pengembaraanya.

Backpackers suka membayar harga lokal, melancong lebih lama serta mengambil jalan yang tidak dilalui ramai orang – pengalaman unik yang sukar diperolehi.

backpacking-7

Pengalaman unik menaiki Bamboo train di Battambang, Cambodia

backpacking-8

Menyaksikan perlawanan Gladiator antara kampung versi Lombok

Kazumi, seorang gadis backpackers dari Jepun yang aku jumpai semasa kembara di Ha Long Bay, Vietnam memberitahuku dia telah berhenti kerja dan telah menyimpan (‘saving’) selama 2 tahun untuk memenuhi impiannya mengembara solo selama setahun ke Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan. Semasa berjumpa dengannya, beliau baru sahaja mengembara selama 3 minggu.

backpacking-9

Kazumi – backpacker dari Jepun yang akan mengembara selama setahun

Baca: 10 Alasan Kenapa Wanita Yang Gemar Travel Memang Hebat

Di dalam budaya backpackers, mengembara bukanlah seperti melancong. Hidup seharian perlulah diteruskan dengan baki wang yang ada. Walaubagaimanapun, perkara utama yang lebih besar adalah makna diri yang wujud selepas berakhirnya pengembaraan melalui sudut pandang yang lebih luas dan juga pertukaran budaya.

Manakala, di kalangan masyarakat kecil dimana pengembaraan tidak wujud dalam kamus hidupnya, melancong dijadikan sebagai alasan untuk melarikan diri sementara daripada tanggungjawab sehari-hari. Oleh itu, melancong dikaitkan dengan satu perkataan – MAHAL!

backpacking-10

Disiplin warga Tokyo yang beratur semasa menunggu tren

backpacking-11

Di Gili Trawangan Lombok, kenderaan bermotor tidak dibenarkan

Budaya yang menjadi trendy kebelakangan ini bagi pengembara adalah Couchsurfing dimana backpackers akan menumpang di rumah penduduk tempatan.

Mendapatkan peluang bermalam secara percuma adalah bonus sahaja manakala perkara utama yang dicari adalah pertukaran budaya dan merasai sendiri pengalaman kehidupan masyarakat setempat.

Pengalaman couchsurfing mengingatkan aku kepada Andre, berasal dari Sweden yang aku terimanya sebagai tetamu di Malaysia. Aku dan Andre hanya kenal di Battambang, Cambodia semasa kami sama-sama mengikuti tour berbasikal di kampung-kampung tradisional disana, tetapi itu tidak menjadi masalah bagiku untuk menerimanya menetap di rumah selama beberapa hari dan membawanya berjalan-jalan sekitar Taman Negara dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut.

Begitu juga dengan Christian Thoni, pemuda Switzerland yang aku undang sebagai tetamu lewat permintaannya di www.couchsurfing.com yang mencari host sekitar Pahang. Dalam konteks kemanusiaan, budi ditabur bukanlah diharap untuk dibalas. Kebaikan perlu dilakukan setiap ketika.

backpacking-12

Bersama kawan-kawan & Andre di Gua Kota Gelanggi

backpacking-13

Surfer, Chris di Taman Negara

Pertama kali aku ke luar negara adalah pada tahun 2012 ke Hatyai & Phuket dengan menaiki keretapi dan van. Semenjak daripada itu, aku telah mengembara secara ekstensif ke Jakarta, Surabaya dan Bandung secara overland pada tahun yang sama. Medan, Danau Toba, Berastagi, Bali, Brunei dan Tokyo pada 2013.

Lombok, Ho Chi Minh, Mui Ne dan Singapore pada 2014. Seterusnya pengembaraan secara solo ke Siem Reap, Battambang & Phnom Penh pada awal 2015, Banda Aceh dan Sabang pada April 2015 serta Hanoi, Ha Long Bay & Sa Pa pada September 2015.

Budaya konformiti masyarakat kita tidak banyak memberi ruang kepada individu yang telah berkahwin dan mempunyai anak untuk keluar mengembara. Anak muda perlu menjadikan pengembaraan sebagai salah satu impian hidup disebalik mimpi untuk mempunyai rumah yang besar, kenderaan yang mewah ataupun berkahwin dengan wanita impian.

backpacking-14

View gunung berapi ikonik di Bromo, Jawa Timur

backpacking-15
Angkor Wat

backpacking-16

Pertukaran warna daun di Hakone, Japan

Kepada anak muda lepasan sekolah mahupun yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti; hidup bukan sekadar CGPA, GSC, Midvalley ataupun Lowyat.

Terbang dan mengembaralah melihat keindahan matahari terbit di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur ataupun Angkor Wat, Cambodia.

Adalah penting untuk kita menerapkan budaya mengembara ini kepada golongan muda. Dengan mengembara sejak usia muda, kita akan belajar untuk menerima budaya baru dan meraikan perbezaan, memperluaskan sudut pandang kita dan juga memahami dunia dengan lebih baik!

Baca lagi: Telah Mengembara Ke 70 Negara, Anak Yatim Ini Berkongsi Kisah Sukar Waktu Kecilnya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram