Kepada sesiapa yang suka menonton Asian Food Channel di Astro, mesti sudah biasa dengar tentang budaya trak makanan atau Food Truck di Toronto.

Makanan fusion yang pelbagai jenis, bersih dan dipersembahkan dengan gaya chic.

Kini, kami teruja kerana ia sudah bermula dan berkembang di Lembah Klang!

Salah satu Food Truck yang ada ialah La Famiglia.

Merupakan peminat besar filem blockbuster tahun 1972, The Godfather, tiga sekawan menyikat rambut ke belakang dan memakai topi fedora, sambil berkata mereka sudah keluar untuk mewujudkan “mafia pasta yang memerintah KL”.

Semua benda dari trak ke menu ke pakaian semuanya mencerminkan inspirasi Itali mereka.

“Kami sebagai ‘mafia’ bukan samseng, ianya semua tentang perniagaan … ia hanya konsep perniagaan kami,” Syazwan Khairuddin, 29, berkata sambil ketawa.

Bersama-sama dengan rakan Danial Marzd, 29, dan Mohd Rusydi, 31, mereka menyasarkan pelajar kolej dan pekerja pejabat, dengan harga antara RM5 hingga RM8.

Sering dijumpai bersebelahan dengan trak La Famiglia apabila berada di SS15, Subang Jaya, adalah sebuah trak berwarna terang iaitu SpagMe. Berusia setahun tiga bulan, mereka adalah pakar dalam spageti goreng, dan menganggap La Famiglia sebagai kawan.

“Kami tidak melihat ia sebagai persaingan – kita menganjurkan perhimpunan trak makanan bersama-sama, ” kata pemilik SpagMe, Cavin Ng, 36.

Ng dan rakannya Dexter Yee, 37, meninggalkan pekerjaan mereka dalam pengiklanan dan insurans untuk memulakan perniagaan mereka berharap akan membawa senyuman kepada wajah-wajah rakyat Malaysia. Beliau melihat trak makanan di Amerika Syarikat dan menyedari terdapat potensi di sini.

“Trak makanan membolehkan kami berhubung dengan pelanggan kami. Dunia ini terlalu digital sekarang.”

Budaya trak makanan adalah budaya yang mengujakan, tetapi tidak kurang dengan cabaran. Cabaran utama adalah perlesenan. Semoga pihak berkuasa memandang peluang masa hadapan industri trak makanan yang membolehkan lebih ramai belia menjadi usahawan.

Sumber asal: The Star, disesuaikan untuk The Vocket

FB La Famiglia

————————————————————
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook